CUCIAN SEMPURNA SOTHYS

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Diformulasikan sejak 1946, Desquacrem hasil ciptaan Sothys bukan sahaja berfungsi sebagai pembersih muka yang hanya membersihkan permukaan wajah tetapi ia juga menghapuskan kotoran dalam liang-liang roma dan selsel mati tanpa merosakkan kulit. Ia amat berkesan untuk melarutkan sebum dan menyingkir comedones iaitu bintik hitam dan putih sambil mencegah kemunculannya semula. Dirumus khusus daripada asid amino gandum yang berfungsi sebagai ejen emulsi dan pengelupasan yang lembut, Desquacrem tidak menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit dan teksturnya tidak kasar seperti sesetengah skrub muka di pasaran, malah Desquacrem memastikan kulit wajah kekal lembap.

Penggunaan Desquacrem akan mencipta permukaan kulit kelihatan lembut dan licin tanpa bintik-bintik hitam atau putih, permukaan kulit wajah tidak tegang dan kering bahkan kulit menjadi lebih bersih, segar dan berseri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.