YOUNGBLOOD

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Youngblood adalah jenama produk kosmetik mineral yang dihasilkan di California, Amerika Syarikat menggunakan bahan-bahan mineral tanpa campuran bahan kimia, pewarna serta pengawet yang selalunya menjadi punca alahan pada kulit wajah. Dicipta oleh Pauline Youngblood pada tahun 1996, kebanyakan produk Youngblood mengandungi gabungan mineral Malachite, Rhodolite, Hematite dan Zinctite yang bermutu tinggi untuk melindungi sel-sel kulit wajah.

Kesemua produk Youngblood adalah lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang baru sahaja pulih daripada rawatan laser atau kimia, kulit berjerawat mahupun kulit yang mengalami perubahan warna. Produk Youngblood juga bebas daripada talkum, paraben, minyak dan wangian. Antara produk Youngblood adalah Vixen Lipstick iaitu gincu yang bebas Lanolin dan mengandungi campuran khas minyak semula jadi dan vitamin bagi melembapkan bibir, dan Mineral Lengthening Mascara yang direka khas agar bulu mata kelihatan dengan lebih lentik, tebal dan tahan lama. Esthetics International Group Berhad merupakan pengedar eksklusif untuk Youngblood di Asia Tenggara dan Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.