PASARAN DI HUJUNG JARI

Dunia fesyen tempatan semakin terus berkembang positif. Pereka muda hari ini berpeluang memanipulasi teknologi misalnya memasarkan hasil kerja mereka biar pun hanya menerusi butik atas talian. Ikuti temu bual kami bersama dua pereka baru.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1 SIGNATURE REKAAN ANDA? Untuk Locka, cukup sekadar konsep yang ringkas, sleek dan sofistikated. Malah, saya yakin rekaan saya mampu menarik minat mereka yang gemar efek gaya mewah tetapi pada harga mampu milik. 2 CARA ANDA MEMBUAT FORMASI KREATIF? Lebih tertumpu kepada gabungan warna agar rekaan kelihatan harmoni. 3 CERITAKAN SEDIKIT TENTANG LOCKA? Locka diwujudkan apabila saya melihat sendiri perjalanan dunia fesyen tempatan kurang berkembang. Sebelum saya terjun ke bidang ini, saya banyak melihat di negara luar mereka banyak menghasilkan himpunan yang tampak mewah tetapi dijual pada harga mampu dimiliki. 4 ILHAM KOLEKSI RAYA 2016? Untuk koleksi raya tahun ini saya banyak bermain elemen statement dan bold. Ada sebahagian rekaan lebih ke arah ringkas tetapi mainan patennya bold dan ada yang ringkas sofistikated tapi memiliki perincian feminin dengan peletakan sulaman bunga tampal. Inspirasi datang daripada trend fesyen antarabangsa dan disesuaikan dengan identiti tempatan. Koleksi raya ini bermula dari harga RM200 hingga RM600. 1 LANA SIGNATURE? Inspirasi daripada etnik yang membawa kepada rekaan moden twist.

2 CERITAKAN SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA? Saya lulusan IFTC dalam jurusan seni reka fesyen. Saya sangat mengagumi budaya Sarawak dan bersungguh-sungguh untuk mengembangkannya dalam arus fesyen tempatan. Kerana itu saya melancarkan LANA yang banyak mengetengahkan unsur-unsur etnik.

3 CERITAKAN TENTANG LANA? LANA saya tubuhkan sekitar tahun 2012 dan ketika itu sekadar bisnes kecilkecilan. Rasanya sudah tiba masa saya komersialkannya. Skop jualannya lebih meluas. Hingga kini, LANA berjalan dengan lancar dan pernah dipentaskan di KLFW 2015. Tahun ini juga LANA akan beraksi di pentas yang sama bagi koleksi musim panas 2017.

4 ILHAM RAYA 2016? Fokusnya pada himpunan RTW. Tahun ini, saya tampilkan empat gaya berbeza dan setiap rekaan hadir dengan dua warna. Pada masa yang sama, saya turut membuat custom order khas untuk pelanggan tetap atau baru. Inspirasi koleksi raya tahun ini menekankan gaya elegan, anggun wanita penting Sarawak seperti isteri Gabenor dan Ketua Menteri seperti Toh Puan Rajemah, Toh Puan Norkiah, Toh Puan Normah dan Datuk Amar Laila Taib. Setiap empat koleksi raya LANA mempamerkan personaliti wanita-wanita ini. Dan harga kami antara RM260 hingga RM490.

SHUKRI SHARI Pengarah Kreatif Locka Media Sosial: Instagram @lockaRTW

Instagram @lanaKL

LANA FASHA Pemilik & Pengarah Kreatif LANA Media sosial:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.