CETUSAN GAYA SEGERA

Memiliki gerobok pelbagai persalinan adalah idaman kalbu setiap wanita. Namun, di sebalik fantasi ini adakah anda mengerti cara pemakaian yang sesuai dan sempurna buat anda. Ikuti panduan bagaimana untuk serlahkan gaya tanpa cacat cela.

EH (Malaysia) - - Idea & Ideal -

1SERING MELIHAT CARA PENGGAYAAN SELEBRITI ATAU PERAGAWATI TERKENAL SEMUANYA TAMPAK SEMPURNA! PERNAH SAYA TERFIKIR UNTUK MENGAMBIL INSPIRASI AGAR KELIHATAN PERSIS MEREKA, TAPI KHUATIR JIKA SAYA SALAH PERCATURAN DALAM BERGAYA. – ADRIANA, KUALA LUMPUR Kenali mereka lebih dekat untuk mengetahui setiap gaya mereka sama ada di jalanan atau majlis formal. Untuk visual lebih jelas, saya bariskan gaya coolest kids 2016: Seperti mengambil aura bapanya Johnny Depp. Terbaru dia muncul sebagai wajah kempen bagi jenama kaca mata Chanel. Gaya personal lebih dipengaruhi gaya 90-an diselang dengan elemen moden. Sesuai dengan usia mudanya. Namun, dia tidak pernah ambil pusing cara bergaya dengan serius. Cukup sekadar melakukannya secara spontan. Gadis misteri ini membawa satu inspirasi baru dalam dunia fesyen. Kini, dia ialah muse utama bagi Louis Vuitton. Gayanya lebih kepada adventurous tetapi masih ringkas. Dia sentiasa juga tampil dalam persalinan bold namun punya kontras yang menarik. Tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu gaya yang baru. Cantik persis ibunya yang juga supermodel terkenal Cindy Crawford. Kaia turut bergerak pantas demi menempatkan dirinya dalam arena fesyen. Ilham gaya fesyen yang savvy dan funky menyerlahkan usia mudanya.

2PERKARA YANG MEMBUATKAN SAYA GUSAR ADALAH SAAT MENYUAI PADAN DENGAN HELAIAN BERLAPIS HINGGA MEMBUATKAN SAYA HANYA TAMPIL DALAM SEPERSALINAN SAHAJA. MUNGKIN EH! BOLEH BANTU SAYA. – LOLA, SELANGOR Mudah saya katakan setiap trik dalam bergaya bermula daripada faktor umur anda. Jika usia anda dalam lingkungan 25 tahun ke atas, seeloknya anda sudah mula menabung untuk menukar outfit lama agar kelihatan lebih fresh dan bertenaga. Ketika sesi suai padan, pertama sekali anda perlu fikirkan adakah anda mampu membawa gaya yang anda cuba sampaikan. Seperti, persalinan yang sarat cetakan berona terang dan dipadankan pula dengan kot suede! Adakah anda seorang yang berani bergaya atau hanya serkap jarang. Setengah orang gemar bergaya dalam persalinan palet natural dengan alasan sesuai dengan rona kulit.

3SAYAINGIN KELIHATAN SEPERTI WANITA LAIN YANG TAMPIL YAKIN DENGAN PERSALINAN MENAWAN, TAMPAK BEGITU SEKSI DAN BERTENAGA. APA PERLU SAYA LAKUKAN? – MAISARA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Kadangkala anda tidak perlukan persalinan yang seksi atau jarang untuk kelihatan seperti wanita penuh tarikan sensual. Seksi itu subjektif. Apa yang perlu diutamakan ialah memilih busana yang sesuai, jika anda gemar mengenakan gaun, seeloknya pilih gaun melekap di badan sama ada midi atau maksi. Kedua, bersiap lebih ekstravaganza! Ini mampu menaikkan tahap keyakinan diri anda, apatah lagi jika anda meliputi bibir dengan gincu rona merah. Ketiga, pilihan warna busana. Ini sangat penting kerana jika anda memilih rona yang terang suasana lebih hangat manakala rona pastel lebih menenangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.