NOTA CANTIK

Runcingkan Muka Tanpa Bedah

EH (Malaysia) - - Contents -

Berbanding dengan orang Eropah juga Amerika, bentuk muka wanita Asia lebih bulat, makin meningkat usia makin bulat. Selain kerana bentuknya sudah semula jadi bulat ia juga ada kaitan dengan penuaan.

Tujuh belas tahun lalu, Jacques Courtin-Clarins menerima maklum balas daripada wanita Jepun yang berkunjung ke spanya di Paris. Wanita-wanita Jepun ini menceritakan impian mereka bentuk muka yang lebih runcing, bujur, kecil dan semestinya cantik.

Kalau ikutkan sejarahnya, Clarins Shaping facial Lift mula dipasarkan pada tahun 1999, generasi kedua menyusul enam tahun kemudian (2005), diikuti tahun 2010, dan generasi keempat tampil empat tahun kemudian. Dan tahun ini Clarins hadir dengan formula baru buat dua produk yang melengkapi rangkaian pembentuk wajah nombor satu di Asia ini.

SERUM KONTUR NOMBOR 1

Sejak mula dilancarkan memang sudah menunjukkan tanda-tanda serum kontur wajah ilham Clarins ini akan jadi serum kontur nombor satu. Saya sendiri pernah mencubanya dan memang saya rasai perbezaannya. Malah ada juga selebriti yang saya kenal yang komited menggunakannya.

Serum ini diperbaharui formulanya dua tahun lalu yang mana ia menggabungkan tiga kehebatan ekstrak tumbuhan yang dipilih oleh pakar-pakar di Clarins. Ketiga-tiga ekstrak ini mempunyai fungsi berbeza dan pabila disatukan akan menghasilkan bentuk wajah yang lebih terbentuk, lebih-lebih lagi dalam membentuk rahang yang lebih tajam.

MERUNCINGKAN Ekstrak guarana bertindak menirus dan meruncingkan bentuk muka, ia membuat tulang pipi dan rahang lebih ketara. Ia juga menurutkan efek dagu berlapis. Kata wanita yang mengamalkan serum ini bentuk muka mereka lebih tirus 79 peratus.

MENGHILANGKAN SEMBAP Ekstrak yang diperoleh daripada halia Zerumbet (Zerumbet ginger) membuatkan bentuk wajah tampak lebih terletak. Kata mereka yang telah menggunakannya, kesembapan wajah mereka surut 77 peratus dan bentuk wajah mereka 83 peratus lebih jelas dan sharp.

MENEGANGKAN Bentuk muka yang terletak dan lebih sharp adalah kulit yang tampak muda. Jadi adalah wajib untuk serum kontur punya manfaat menegang dan ‘mengangkat’ ( lifting) kulit, begitu juga dengan serum ini. Manfaat ini diperoleh daripada ekstrak buah kaki yang mana penggunaan berterusan membuatkan kulit 92 peratus lebih

tegang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.