NOTA CANTIK

‘Resipi’ Solekan Pusam, Tidak Berminyak

EH (Malaysia) - - Contents -

Ini bertemukali merupakan bertemunyaPeter kali Philips.dua kedua tahun Pertamasaya lalu di Tokyo. Waktu itu dia masih baru menyertai Dior. Dan tahun ini sekali lagi saya dipertemukan dengan genius dunia solekan ini, dan kali ini lokasinya di Shanghai pula.

Jika edisi Mac lalu saya kongsikan rangkaian Dior Backstage yang memberi fokus pada solekan mata, kali ini saya kongsikan pula rangkaian Dior Forever yang akan menjadi produk dream come true anda. Sebuah rangkaian yang memberikan hasil asas solekan yang setiap wanita cari; flawless dan tampak natural.

RAMUAN ASAS SOLEKAN SEMPURNA

Dior tidak banyak merubah langkah asas solekan, masih mengekalkan teknik lazim iaitu menyapu primer, bedak asas dan disempurnakan dengan bedak tabur. Namun yang membuatkan Dior Forever istimewa adalah teknologi yang terkandung dalam bekas-bekas kecil ini.

‘ Bahan’ 1

Langkah dimulakan dengan sapuan Diorskin Forever & Everwear, primer genius yang tidak punya warna dan sesuai dengan semua ton kulit. Satu hal yang magis tentang primer ini ialah kebolehannya berfungsi mengikut keadaan kulit. Pada bahagian kulit yang kering ia memerangkap air agar bahagian yang kering dihidrat dan bahagian kulit yang berminyak pula ia akan memerangkap sebum (minyak) untuk mengelakkan wajah tampak berkilat-kilat. Sapuan primer bukan saja membuatkan solekan tahan lama malah membuatkan pori wajah lebih rapat.

‘ Bahan’ 2

Ini adalah hero rangkaian baru Dior ini, Diorskin Forever Flawless Perfection Fluid Foundation. Bedak asas dalam bentuk cecair ini mengandungi Activ-Mat™

Complex yang bertindak memusamkan kulit yang berminyak dan juga mengubah arah cahaya pada bahagian berbayang. Maksudnya di sini ia mematikan kesan wajah yang berkilat, bagai berpeluh atau berminyak. Bedak asas ini juga mempunyai Wear-Lock™ yang membuatkan solekan bertahan selama 16 jam. Manakala teknologi Poreless Effect pula menawarkan khasiat penjagaan kulit yang mana makin kerap anda gunakan bedak asas ini pori juga semakin rapat.

‘ Bahan’ 3

Tidak akan sempurna asas solekan tanpa finishing untuk ‘mengikat’ solekan daripada cepat berminyak dan akhirnya hilang. Diorskin Forever & Ever Control memastikan solekan kekal pusam sepanjang hari. Ton warnanya juga bersifat universal, kulit cerah atau gelap sesuai melayangkannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.