LENSA KAMERA

Most Stylish di ACM 2016

EH (Malaysia) - - Contents -

Berlangsung megah di Las Vegas, Anugerah Akademi Muzik Country 2016 membawa seribu satu momen manis tahun ini. Malah, majlis penuh berprestij ini turut menyerlahkan penampilan penuh bergaya oleh selebriti ternama. EH! senaraikan 10 gaya terbaik di karpet merah ACM 2016!

CARRIE UNDERWOOD Masih di zon yang sama! Dia kekal memilih gaun labuh sarat dengan perincian batu kristal Swarovski dan kali ini ilham Davidson Zanine. NICOLE KIDMAN Walaupun kehadirannya sekadar memberi sokongan kepada suami tercinta, dia tetap kelihatan menawan. Mengenakan gaun labuh jarang disulam dengan fabrik bunga himpunan musim luruh 2016 Alexander Mcqueen. KANA KRAMER Merah itu sensual! Rona ini wajib berada di gaya permaidani merah. Dia kelihatan begitu anggun bersama gaun belah sisi merah cili Rubin Singer. KACEY MUSGRAVES Ada yang menganggap gaun labuh berpotongan plunging ini tidak sesuai ke anugerah ini. Tapi harus diakui dia tampak cukup menawan dalam balutan gaun Zac Posen. KELSEA BALLERINI Tampil cukup berbeza dan menarik. Kelsea memilih gaun kembang berona ungu terang Georges Hobeika.

SAVANNAH CHRISLEY Apa yang menarik mengenai gaun jarang mewah dengan perincian emas ini adalah direka oleh pereka Indonesia, Diana Putri yang bertapak di Kota New York dan dikenali sebagai Diana Couture. KATY PERRY Menepati tema pada malam berprestij anugerah Akademi Muzik Country 2016. Dia yang sering tampil berbeza kali ini memilih mengenakan persalinan khas Jeremy Scott Couture. LINDSAY ELL Gaun labuh ilusi ramping hasil rekaan Johnathan Kayne ini menyerlahkan lagi tubuh genit penyanyi kegemaran ramai. CASSADEE POPE Ilham ranggi hasil sentuhan Gomez Gracia menyerlahkan lagi wajah cantiknya yang kelihatan begitu selesa dengan bergaun pendek. KIMBERLY PERRY Tampak berbeza bersama gaun labuh berbelang emas Roberto Cavalli. Pilihan coker emas menaikkan mood moden bagi gaya klasik ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.