NOTA CANTIK

Canda Wangian AM-PM

EH (Malaysia) - - Contents - TEKS & PENYELARAS IZZATI SAADIN ARAHAN SENI SYAZ KHIDZIR GAMBAR LILIAN TAN

Sejak azalinya, wanita memang sedia kala suka menyembur satu wangian yang ringan (nota buahbuahan atau flora) di waktu siang dan memilih yang lebih pekat (kayu-kayan atau musky) untuk waktu malam. Bagi wanita yang mempunyai wangian signature pula akan memilih EDT disemburkan pada waktu siang dan EDP pada waktu malam.

Namun sekarang itu tidak lagi menjadi batasan kerana kini banyak rumah-rumah wangian hadir dengan ilham mainan nota-nota yang bijak. Apa yang segar dan apa pula yang lebih menusuk aromanya tidak diklasifikasikan dengan EDT atau EDP.

PILIHAN SIANG

Tous Happy Moments RM205 Jelas dari botolnya cukup menggambarkan aura ceria wangian ini. Malah nota-nota utamanya yang terdiri daripada buah-buahan tropika seperti nanas dan oren menyuntik sensasi segar dan bertenaga. Layangkan di hujung minggu, pasti menjadi kenangan yang cukup istimewa!

Moschino Fresh Walaupun wangian ini hadir dengan botol yang begitu fresh, namun asasnya punyai layangan yang cukup feminin. Dengan nota utama seperti mandarin dan bergamot diulit dengan aroma eksotik ylang-ylang. Manisnya wangian ini dapat dicium dengan kehadiran raspberi dan aroma flora yang memukau pula hasil daripada peoni putih dan osmanthus. Jadikan ini teman anda ke pejabat mahupun kala bersiar-siar!

Lancome La Vie Est Belle Florale RM420 100ml EDT Aroma flora yang semerbak dalam satu botol wangian menawan ini. Layangan l’iris, tuberose dan magnolia seolah-olah membangkitkan sensual feminin anda. Haruman ini cukup serasi dipercikkan siang atau malam, terutama sekali untuk temu janji daripada siang ke malam, inilah pilihan yang tepat!

Gucci Bamboo Lebih segar dan lebih ringan! Haruman EDT ini hadir dengan lebih sensual dan segar dengan inspirasi pokok buluh. Haruman sitrus Mediterranean cukup menyerlahkan wangian ini sementara aroma feminin bunga putih menyuntik alunan lembut dan feminin. Janji temu atau mesyuarat penting akan lebih bermakna dengan layangan wangian ini.

PILIHAN MALAM

Amouage Opus X RM900 50ml Inspirasi bunga mawar yang membawakan kisah perjalanan hidup The Red Violin selama berkurun-kurun lamanya. Tali pertama Biola memainkan nada Rose Centifolia, bunga yang melambangkan keindahan, kilauan dan keghairahan. Tali kedua membawa gema Bloody Rose yang menambah misteri dan keghairahan. Manakala sentuhan kudup bunga Mawar sebagai tali ketiga menjadikan wangian tambah bersinar dan berseri. Akhir sekali, Rose Oxide (Oksida Mawar) menyelaputi wangian dengan salutan logam. Gabungan pelbagai mawar menjadikannya cukup misteri dan sensual.

Victoria’s Secret Love Me More RM419 100ml EDP Wangian di dalam kategori warm ini diinspirasikan oleh pastri dari Bordeaux, ia adalah satu gandingan yang cukup mengasyikkan dengan gula karamel serta vanila, rum dan gula merah jambu. Pada awal percikan, layangan limau gedang membangkitkan aroma, berulit mesra dengan nota tengah canele sebelum digandingkan bersama ambar. Semburan di waktu malam seolah-olah meraikan bulan dan bintang yang cukup indah.

Atkinsons My Fair Lily Aroma flora ini bukan sahaja serasi untuk wanita, malah lelaki juga sesuai memakainya. Ini kerana kombinasi flora wangian ini lebih degar dengan nota utama seperti chamomile, rhubarb dan lily Casablanca, vetiver dan patchouli.

(IKUT ARAH JAM) 1. VICTORIA’S SECRETS ANGEL 2. CALVIN KLEIN ETERNITY NOW 3. MICHAEL KORS SEXY AMBER 4. MONT BLANC LADY EMBLEM 5. CHLOE EDP 6. CHANEL COCO NOIR 7. CLINIQUE AROMATICS IN BLACK 8. MARC JACOBS DECADENCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.