ILHAM CANTIK

Kata Pakar Profesional

EH (Malaysia) - - Contents -

Jenama kecantikan Sothys meraikan ulang tahunnya yang ke-70 tahun. Sothys, jenama yang berasal dari Paris ini terkenal dengan produk dan rawatan kecantikan semula jadi. Ikuti temu bual bersama Sothys Malaysia Group Education Manager, Phoebe Khoo untuk mengetahui rahsia jenama ini bertahan lama dan beliau sempat berkongsi tip kecantikan untuk rujukan anda.

1 .MEMANDANGKAN KEADAAN DI MALAYSIA SANGAT PANAS DAN KULIT AKAN MENJADI KERING, APAKAH CARA YANG SESUAI UNTUK MENGEKALKAN KULIT WAJAH SENTIASA SEGAR SEPANJANG HARI? Semestinya kita perlu minum banyak air supaya kulit tidak cepat kering. Di Sothys, kami akan melihat atau memahami jenis kulit anda terlebih dahulu supaya kami tahu rawatan apa yang sesuai untuk anda. Antara produk yang sesuai untuk kulit kering adalah Hydrasmoothing mask, Hydra 3Ha Hydrating gel-cream, Hydra 3Ha Hydrating cream dan Hydra 3Ha intensive hydrating serum.

2 BOLEH KONGSIKAN TIP PENJAGAAN WAJAH DENGAN PEMBACA EH! Jangan malas! Ramai wanita di luar sana menganggap pencuci wajah tidak penting tapi sebenarnya sangat penting dalam rutin penjagaan wajah. Anda perlu mempunyai kulit yang bersih dan sihat sebelum anda merawat kulit wajah. Baru hasil rawatan yang anda lakukan memberikan hasil yang bagus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.