101 ILHAM

Sweet Minimalis

EH (Malaysia) - - Contents -

Nur Amirah Filzah atau lebih popular dengan nama pentas Mira Filzah antara nama baru yang hangat mewarnai televisyen tempatan. Memulakan langkah sebagai pengacara untuk rancangan KLTV di Hypptv, namanya mula menjadi bualan ramai selepas kemunculannya menerusi siri Cinta Si Wedding Planner bersama Adi Putra. Baru berusia 23 tahun, lulusan jurusan Perniagaan Antarabangsa dari UiTM ini sangat gemarkan gaya sweet dan ringkas. Tidak hairanlah dia menyukai gaya milik ikon fesyen Victoria Beckham yang minimalis dan chic. Dia turut menggemari rekaan Hatta Dolmat yang kena dengan selera fesyennya. Pada Mira, less is better. Dia akan menyarungkan gaun polos bersama blazer hitam kala menghadiri majlis jemputan. Bila bermain dengan fesyen, dia mahukan helaian yang selesa dan secara automatik akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri. Seperti Aidilfitri sebelum ini, Mira lebih gemarkan rekaan baju kurung yang ringkas dan tidak terlalu sarat pula coraknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.