KENALI JENAMA

Beg Raya

EH (Malaysia) - - Contents -

Radley terkenal dengan himpunan koleksi kulit berkualiti tinggi dan cara pembuatan cukup premium. Diasaskan oleh Lowell Harder pada tahun 1998 kemudiannya bertukar tangan kepada Justin Stead yang dilantik sebagai pengasas baru sekitar Mei 2015 hingga kini. Jenama ini mula dicipta pada 1998 setelah Harder menganggap pemilihan rona beg sangat membosankan dan dia ingin menghasilkan sesuatu yang berbeza dan lebih berwarna-warni.

Jenama yang terus menjadi kegilaan muda-mudi mahupun golongan bekerja ini pernah membuat kolaborasi istimewa bersama pereka terkenal Holly Furton melalui koleksi kapsul pada tahun 2013. Malah, koleksi barangan kulit eksklusif Radley London ini turut membuat kolaborasi kapsul bersama Muzium Victoria & Albert dan ilustrator cukup dikenali iaitu William Grill, Emma Cowlam dan Rory Crichton.

Terkenal dengan siluet barangan kulit ceria dan funky. Radley London turut mengeluarkan himpunan musim panas 2016 bersama percikkan rona terang yang pantas menangkap pandangan. Menerusi koleksi ini rekaannya cukup klasik bermandikan palet warna moden. Hadir dengan cetusan inspirasi dalam tiga kelompok sukan berbeza iaitu badminton, boling dan akuatik.

Penggunaan fabrik kulit berkilat untuk setiap koleksi menyerlahkan lagi keistimewaan himpunan musim panas 2016 hadir dengan semangat cukup bertenaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.