IT GIRL

Kaia Gerber

EH (Malaysia) - - Contents -

Seperti Gigi Hadid dan Georgia May Jagger, Kaia Gerber adalah generasi kedua model baru yang sedang hangat mewarnai pentas fesyen utama. Wajah milik gadis berusia 14 tahun ini pasti mengembalikan memori kegemilangan Cindy Crawford sekitar era 90an lalu. Dia adalah anak kedua kepada supermodel Cindy Crawford dan Rande Gerber. Seawal usia 13 tahun lagi, dia sudah bernaung di bawah agensi IMG Models. Gig modelling pertamanya adalah bersama Young Versace pada 2012. Walaupun usianya mungkin membataskannya untuk berjalan di pentas peragaan, Kaia terpilih sebagai #WANGSQUAD bila membintangi kempen musim bunga/ panas 2016 Alexander Wang. Kaia bersama ibunya turut menghiasi muka depan Vogue Paris lantas mengukuhkan kehadirannya di persada fesyen dunia. Pernah bekerjasama dengan jurugambar terkenal seperti Mario Testino, Bruce Weber dan Steven Meisel, tapi foto-foto di akaun Instagram miliknya yang mencuri perhatian ramai. Sudah memiliki setengah juta followers, dia senantiasa memaparkan kehidupan harian anak gadis Amerika yang serba fun.

Dia terpilih sebagai wajah untuk label Chrome Hearts dan membintangi kempen musim bunga 2016 mereka.

Membuat statement di majlis pelancaran kolaborasi Balmain dan H&M tahun lalu.

Mengenakan gaun hitam Emporio Armani ketika menghadiri pelancaran isu Young Hollywood Majalah Teen Vogue di Hollywood.

Menghiasi muka depan Vogue Paris April 2016 bersama ibunya, Cindy Crawford.

Dia melalui karpet merah Anugerah Fesyen Los Angeles bersama abangnya, Presley Gerber.

Kempen fesyen pertamanya bersama Young Versace pada 2012.

Terpilih sebagai #WANGSQUAD bersama 20 muka baru untuk kempen musim bunga/panas 2016 Alexander Wang.

Gayanya yang cukup santai ketika menghadiri Bowling for Buddies di Los Angeles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.