KESIHATAN

Salah Faham Tentang Merancang Keluarga?

EH (Malaysia) - - Contents -

Isu tentang perancangan keluarga di kalangan masyarakat Malaysia (termasuk bagi sesetengah pasangan untuk berjumpa dengan pakar perubatan sebelum memulakan keluarga) dianggap tidak penting dan leceh. Pendidikan seks pula dianggap sebagai informasi yang terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Apatah lagi jika perlu berkongsi informasi tersebut dengan kelompok pelajar di sekolah.

Ada yang mengatakan informasi tersebut hanya mendedahkan lagi belia kepada perkara-perkara sumbang dan tidak diingini, namun ada pula yang membangkang bahawa informasi ini penting bagi memastikan belia lebih memahami mengenai tubuh sendiri. Ya, tidak dinafikan bahawa isu seks terlalu sensitif untuk diperkatakan secara terbuka, malah bagi sesetengah orang terutamanya generasi lebih tua, menganggap isu ini tidak manis dibincangkan apatah lagi di kalangan wanita-wanita muda.

Mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat ini, sebenarnya pendidikan seks bukan mengajar cara untuk melakukan perhubungan antara pasangan. Ia lebih kepada informasi mengenai anatomi fisiologi manusia, penyakit kelamin, tujuan dan erti perhubungan kelamin, moral dan etika perhubungan kelamin serta kontrasepsi dan kawalan kelahiran.

Menyentuh isu kontrasepsi dan perancangan keluarga pula, antara beberapa kaedah yang sering digunakan termasuk pengambilan pil perancang, cincin vagina serta kondom. Ada juga yang mengambil langkah untuk tidak melakukan perhubungan kelamin ketika subur serta mengelak ejakulasi dalam. Namun masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara betul untuk perancangan keluarga malah ada yang menganggap ia sesuatu yang tidak penting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.