AUTO

Versatiliti Maksimum

EH (Malaysia) - - Contents -

K enderaan jenis hatchback kini mula meraih populariti terutamanya buat individu yang mahukan gaya serta pemanduan yang mencabar adrenalin diri. Jujurnya pada permulaan, rasa gugup mula membelenggu kerana kenderaan ini dengan 201 horsepower dan kapasiti 1.6 liter twin-scroll turbocharger jauh berbeza dengan kereta kompak yang saya miliki.

Bagi mencabar diri sendiri, saya menyusuri beberapa kondisi jalan berbeza termasuk kawasan bandar yang sesak, jalan bukit berpintal serta lebuh raya untuk mencuba sendiri sama ada kenderaan jenis tiga pintu ini mampu memberi kepuasan seperti yang dinyatakan dalam risalah.

Hyundai Veloster Turbo hadir dengan 7-speed Dual Clutch Transmission untuk pemanduan lebih lancar, penjimatan minyak, mengurangkan bunyi bising serta tahan lebih lama. Namun apa yang dapat saya katakan, pemanduan di ibu kota terutamanya pada waktu puncak tidak selancar yang diharapkan.

Transmisi gear ini seperti teragakagak ketika menukar gear berhenti dan bergerak. Namun berbeza pula di lebuh raya, kereta ini mampu meluncur kelajuan yang diingini walaupun dengan menggunakan mood ‘eco’. Apa yang lebih menarik ialah ia hadir dengan tiga jenis mod stereng berbeza iaitu Comfort, Normal dan Sport jadi cengkaman stereng pada had laju rasa lebih stabil.

KEMASAN DALAM

Bahagian dalam Hyundai Veloster Turbo lengkap dengan tempat duduk kemasan kulit yang ditambah dengan perincian perkataan ‘Turbo’, butang enjin start/stop serta bumbung panorama bagi mereka yang ingin berangan menaiki kereta sport sambil dibuai angin. Walaupun direka dengan tiga pintu, ruangnya cukup selesa buat pemandu dan penumpang hadapan. Namun begitu tempat duduk belakang pula pada pendapat saya lebih sesuai untuk dua kanak-kanak atau dua individu bertubuh petit. Bonet belakang pula berkapasiti 440 liter jadi dua beg besar boleh dimuatkan tanpa sebarang masalah.

Sekali imbas, Hyundai telah membuat kerja yang baik dari segi stail dan reka bentuk. Ia lengkap dengan rim aloi 18 inci, gril lebih besar serta lampu hadapan dan belakang yang menggunakan sistem lampu jenis HID Projection dan LED yang memberikan jarak penglihatan lebih baik walaupun dalam cuaca elok mahupun hujan lebat. Ciri keselamatan turut menjadi fokus utama Veloster yang mana ia lengkap dengan enam beg udara serta sistem anti-lock braking, electronic stability control serta vehicle stability management yang membenarkan pemandu melalui selekoh pada kelajuan tinggi dengan lebih selesa.

Veloster Turbo boleh didapati dalam lima warna berbeza iaitu dalam warna Storm Trooper, Young Gun, Phantom Black, Sunflower serta Veloster Red pada harga bermula RM158,988 (OTR tanpa insuran).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.