LIHAT, BACA & DENGAR

FILEM Criminal PENGARAH Ariel Vromen LAKON LAYAR Douglas S. Cook & David Weisberg PELAKON Ryan Reynolds, Kevin Costner, Tommy Lee Jones, Gary Oldman, Gal Gadot

EH (Malaysia) - - Contents -

Berdasarkan pada trailer sahaja, pada pendapat saya ia menjanjikan filem yang penuh bertenaga dan menyeronokkan dengan lakonan hebat daripada pelakonpelakon filem A-list seperti Ryan Reynolds, Kevin Costner, Tommy Lee Jones serta Gary Oldman. Ia hanya sekadar anganangan kosong. Selepas menonton filem ini, persoalan pertama saya adalah mengapa Ryan Reynolds memilih watak bertukar badan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dalam filem The ChangeUp dan Self/less? Seakan-akan tawaran lakonannya agak terhad dan ini sedikit mengejutkan jika dibandingkan profil Ryan dengan pelakon setarafnya yang lain.

Ryan Reynolds punya kemampuan melakonkan pelbagai watak yang berbeza seperti untuk filem drama (The Voices), komedi (The Proposal) serta aksi (Deadpool). Dia kembali sebagai pelakon aksi dalam filem arahan Ariel Vromen ini namun berbanding dengan Deadpool yang cukup berjaya di pawagam, Criminal hambar dan tidak menyerlahkan bakat yang dimilikinya.

Ia mengisahkan Bill Pope (lakonan Ryan) bekerja sebagai agen CIA yang memiliki informasi penting dan sulit di dalam kepala. Selepas dia meninggal dunia, informasi tersebut masih ada di dalam mindanya, jadi CIA menggunakan teknologi canggih untuk menukar memori dan informasi dalam minda Bill kepada Jerico Stewart (lakonan Kevin Costner) iaitu seorang penjenayah. Setelah pembedahan berjaya dilakukan, Jerico berjaya melarikan diri ke London dengan memori Bill muncul di mindanya sendiri. Dia mula menjadi buruan CIA dan beberapa penjahat yang lain kerana informasi penting ini.

Saya boleh katakan plot filem ini amat mengelirukan bahkan tidak dikembangkan dengan baik. Melihat lakonan Ryan dan Gal Gadot (sebagai balu kepada watak Bill) amat mengecewakan lebih-lebih lagi bila dikatakan karier mereka berkembang baik sepanjang 2016. Kevin Costner mungkin berjaya membawa watak Jerico namun kariernya kini seperti Liam Neeson yang hanya terkenal dengan filem aksi. Secara keseluruhan filem ini mantap dengan nama-nama pelakon yang gah namun disebabkan plotnya tidak masuk dek akal, ia amat membosankan dan mengelirukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.