EH! SEPINTAS

EH (Malaysia) - - Contents - Khairul Abidin PENGARANG majalaheh@bluinc.com.my

Ramadan dan Syawal datang lagi. Dua bulan ini, lebih-lebih lagi Ramadan antara bulan yang dinanti-nanti semua umat Islam termasuklah saya. Apa azam saya menjelang Ramadan tahun ini? Sama seperti orang lain pastinya saya mahu menjalani bulan penuh keberkatan ini dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dan lagi satu, kalau boleh saya mahu lebih banyak berbuka di rumah. Itu antara azam saban tahun yang memang susah nak dicapai. Selain banyak jemputan berbuka puasa, timbunan kerja yang perlu dilangsaikan sebelum bercuti panjang juga menjadi penghalang. Saya cuba lagi tahun ini.

Sewaktu menyiapkan isu ini undangan pertunjukan fesyen koleksi raya bertalu-talu masuk ke dalam e-mel. Tidak cukup dengan e-mel, aplikasi Whatsapp saya juga tak sunyi menerima undangan. Dan bermacam-macam gimik dibuat pereka demi mencipta hype pada koleksi mereka. Misalnya, sama seperti tahun lalu Rizalman menghasilkan cereka pendek raya, begitu juga dengan Mellinda Looi yang mempersembahkan koleksinya di Zoo Negara. Dan sewaktu menulis nota ini masih ada sisa undangan yang masih belum berlangsung.

Apa istimewanya edisi EH! kali ini? Selain berborak panjang dengan Neelofa tentang kerjaya dan bisnesnya, helaian muka surat yang akan teman pembaca selak seterusnya memperlihatkan pelbagai idea busana Aidilfitri sebagai sumber inspirasi. Kami pecahkannya kepada dua, pilih antara Luxe mahupun yang sedia pakai. Teliti juga ilham aksesori yang boleh diganding mesra dengan busana yang digayakan. Tidak lengkap andai tidak disempurnakan dengan solekan dan dandanan sepadan.

Membelek baju-baju yang dipinjam untuk penggambaran saya dapati potongan rekaan baju raya hari ini sudah bermacam-macam-macam rupa. Gaya tradisional sudah dibegabega dan diberi nafas baru. Dan ada pereka yang mengambil risiko mencipta helaian yang unik hinggakan saya sendiri terfikir bagaimana mahu beraya dengan baju begitu. Saya tak pasti sama ada selesa atau praktikal untuk dipakai.

Orang kata makin meningkat usia, raya dirasakan makin kurang meriah. Ramai juga yang kata yang rasa seronok dan meriahnya raya hanya kanak-kanak saja. Ratarata yang sudah berkeluarga lebih senang memberi tumpuan kepada persiapan untuk anak-anak saja. Tapi betulkah begitu? Mengapa pula ada yang meletakkan rasa seronok itu pada anak-anak saja? Mudah saja, kerana ada daripada kita yang meletakkan seronoknya beraya pada baju, kasut dan beg baru, bertukar perabot atau langsir dan mungkin juga bertukar kereta. Keseronokan itu sebenarnya datang dalam pelbagai medium, bukan material. Dapat berkumpul seisi keluarga juga sudah dikira satu nikmat yang tak terhingga. Harapnya, kita semua mendapat limpah rahmat sepanjang Ramadan dan diberikan ruang untuk bergembira dengan nikmat meraikan Aidilfitri.

TOPSHOP UNIQUE

UNIQLO

LANCOME

SULWHASOO

HUSH PUPPIES

MOSCHINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.