KEMPEN WATERFUL SHARING 2016 OLEH LANEIGE

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Laneige Malaysia sekali lagi melancarkan kempen tahunan mereka iaitu Waterful Sharing Campaign berkolaborasi bersama Global Peace Foundation (GPF) dalam membantu solusi air kepada 500 penduduk orang asli di Kampung Binjai, Pahang dan Kampung Ulu Geruntuk, Perak. Keadaan sumber air mereka agak kritikal di mana selama ini mereka cuma menggunakan air dari sungai atau kolam teratai yang langsung tidak dirawat sebagai sumber minuman, membasuh dan memasak. Melalui kempen ini Laneige menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM80,000 melalui jualan edisi terhad botol air Water Bank yang bernilai hanya RM10 setiap satu. Sistem penapisan air yang akan dipasang adalah direka khas oleh syarikat tempatan bernama RIVIVA yang mana menawarkan sehingga 16,000 liter air bersih sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.