KAPSUL YANG PADAT

Boleh digunakan buat penggunaan utama atau tampil lebih kreatif dengan menyuai padan pupur kapsul ini buat keserian yang lebih sempurna.

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Buat kesan kulit segar, jernih dan bertenaga (walau di hari cuti), formula hidrasi berkuasa Moisture Wrap™ ini menyaluti tekstur kulit dengan salutan yang ringan dan lembap. Ia juga turut membersihkan pori-pori kulit anda dengan lebih mendalam!

WATER SLEEPING BALL 7ML, RM9

Pupur tidur ini hadir dengan keunikan tekstur krim terapung yang dihasilkan dengan kombinasi ampul pencerah dan pelembap dalam nisbah optimum 1:3 yang mana ia membolehkan teknologi eksklusif MelaCrusher™ berfungsi dalam memberi kulit kelihatan berseri dan lembut bak sutera.

WHITENING SLEEPING BALL 7ML, RM13

Laneige mengenengahkan pupur buat memanjakan kulit untuk tangan dengan 10 adunan ekstrak hidrasi yang tinggi, termasuk shea butter, minyak kelapa, dan sweet almond untuk memberi kelembutan dan menghilangkan rasa kasar atau kering pada tangan.

HAND SLEEPING BALL 7ML, RM6

Pupur buat kaki ini diperkaya dengan minyak argan dan cacao seed butter untuk memberi kelembapan secara mendalam buat kaki yang kasar dan merekah akibat kulit mati.

FOOT SLEEPING BALL 7ML, RM6

Ia merupakan Firming Sleeping Pack versi padat, pupur ini mengembalikan keanjalan kulit dengan efektif, meningkatkan daya tahan dan memberi kelembapan pada kulit anda dengan tekstur Unique Memory Gel yang menghasilkan salutan yang halus dan nipis pada permukaan kulit.

FIRMING SLEEPING BALL 7ML, RM13

Buat kulit wajah lelaki yang kering, kusam dan berminyak Laneige menerokai bahan natural AHA yang diperoleh daripada tumbuhan untuk mengembalikan kelembapan, mengelupaskan sel kulit mati dan mengawal sebum berlebihan sambil memberi 24 jam TLC dengan Active Water.

HOMME SLEEPING BALL 7ML, RM9

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.