DIAM-DIAM UBI BERISI

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Satu petang di hari Selasa saya bertemu Elfira di kafenya. Dan hari itu mungkin hari bertuah saya, Elfira dan ibunya sudah siap sedia dengan bermacam-macam-macam sajian untuk saya. Tambah istimewa kesemuanya adalah sajian yang belum ditawarkan buat pengunjung. Masih dalam peringkat eksperimen. Tapi saya akui semuanya sedap-sedap belaka. Dari appetizer hinggalah pemanis mulut.

Nama Elfira sedikit sepi dalam dunia lakonan. Tidak banyak projek seni yang memperlihatkan aksinya kebelakangan ini. Dan Elfira sendiri mengakui situasi ini. Bukan niatnya sengaja mahu memperlahankan langkah kariernya yang pernah memuncak satu ketika dulu, jauh sekali polos tawaran, namun katanya pada saya belum ada tawaran yang benar-benar menerujakan. Dia yang mula saya lihat menerusi drama bersiri Qalisha yang satu ketika dulu bersiaran sepanjang bulan Ramadan mengharapkan akan ada cerita-cerita yang bisa menjadi pembimbing dan merangsang penonton berfikir.

“Saya menanti sesuatu yang sesuai, jalan cerita yang menarik dan berkualiti. Setiap scene yang dipaparkan biarlah ada maksud,” ujarnya. “Kita sudah kekurangan itu dalam drama mahupun filemfilem kita. Sastera orang Melayu dah kurang. Memang tak salah kalau kita mahu mencipta skrip-skrip berdasarkan pertuturan harian kita, tapi kita perlu tahu kita juga perlu mendidik orang melalui seni. Dari drama atau filemlah kita dapat kembangkan penggunaan ayat-ayat yang sedap. Bait-bait yang merangsang minda. Hari ini saya cuba untuk membuat cerita sendiri.”

Elfira juga berpendapat ramai bakat-bakat hebat dalam dunia seni kita tidak diberikan peluang yang sepatutnya. Dia mengambil Alif Satar sebagai contoh. Padanya Alif sudah menunjukkan kebolehannya sejak sekian lama, hanya hari ini dia diberikan peluang yang sebetulnya. Jika tidak diberikan peluang sampai bila pun kita tak tahu yang dia boleh mengacara dan berlakon dengan baik. “Apa yang saya lihat industri seni hari ini ialah connection. Jika punya networking yang bagus maka makin banyak peluang yang akan datang. Tapi saya percaya, bila satu-satu benda itu senang datang, senang jugalah ia pergi. Tak lama. Tapi kalau lambat dan susah untuk sampai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.