PERKAHWINAN ITU IBADAH PALING INDAH

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

rezeki. Cuma yang silapnya bila kita tak dapat sesuatu kita hanya berpeluk tubuh dan cakap, ‘oh tak apa tak ada rezeki’, walhal kita sendiri tidak mengusahakan apa-apa. Rezeki itu ada tapi kita yang kena cari. Saya dulu pun begitu, bila tak dapat apa yang saya mahu saya akan cakap ‘tak apa, tak ada rezeki’, tapi dari talk ini saya belajar.”

Tidak hanya sibuk dengan kafe dan menyampaikan ceramah serata Malaysia, Elfira juga sebenarnya dalam diam sudah lama mengusahakan projek fesyennya. Label yang dinamakan sebagai EL ini akan mengeluarkan himpunan fesyen khusus untuk gadis petit sepertinya.

“Sebenarnya projek ini sudah lama tertangguh. Ikut perancangan sepatutnya EL sudah berada di pasaran tapi ada sedikit masalah. Tapi saya masih optimis, selagi belum raya selagi itu saya melihat masih ada harapan untuk helaian-helaian EL dikeluarkan.”

“Saya orangnya jenis pakai redah saja. Sama seperti membuka kafe dulu, semuanya tergesa-gesa. Hakikatnya benda-benda yang melibatkan wang perlu diurus dengan sabar, tak boleh main redah macam saya buat. Apa yang EL mahu ketengahkan adalah himpunan petit dan dijual pada harga yang sangat mampu beli. Semuanya tidak lebih daripada RM150. Inilah cabang kerja yang betul-betul saya mahu buat, mengeluarkan baju RTW seperti H&M dan Uniqlo tapi dalam rekaan yang lebih modest.”

“Dan lagi satu bila saya buka bisnes pakaian ini saya juga mahu membantu orang lain. Saya mahu mencipta peluang perniagaan kepada orang lain juga. Pada saya entrepreneur itu bukan untuk kita kaya seorang diri, tapi kita juga buka peluang untuk orang lain buat duit.” Kata Elfira lagi, bila bercakap tentang perniagaan tempatan, dia cukup memuja akan pencapaian Vivy Yusof dan Neelofa. Bila melihat kejayaan mereka dia sedar untuk mengembangkan bidang perniagaan dia perlukan satu pasukan yang bagus. Malah dia akui sejak mula melibatkan dalam dunia perniagaan, mindanya tidak pernah berhenti berfikir, setiap masa yang ada akan digunakan sebaiknya untuk belajar, melakukan kajian serta mencari jalan untuk mengukuhkan apa yang sudah diusahakannya.

Sebagai seorang pemerhati muda dunia seni, saya lihat sudah banyak yang berubah. Dulu selebriti kita menjadikan peluang menjadi jurucakap sebagai ‘kerja sampingan’ mencari duit, namun hari ini sedikit berbeza. Selebriti tidak lagi menanti peluang itu, malah mereka sendiri yang mengusahakan produk mereka sendiri, dan mereka ‘lantik’ diri mereka sendiri sebagai duta, mereka jugalah yang mengusahakannya dari A hingga Z. Pada Elfira situasi ini berubah kerana kepesatan media sosial. Katanya khalayak perlu faham kerja sebagai anak seni tiada jaminan persaraan sepenuhnya, tiada caruman pekerja. Dia menambah, “apa yang saya buat hari ini kerana mahu merubah persepsi atau tanggapan orang tentang kehidupan selebriti. Kerja sebagai selebriti sebenarnya tak mudah. Kita bukan bekerja dari pukul sembilan pagi hingga enam petang. Masanya tidak menentu. Dan sebagai pelakon kerja-kerja kita bermain dengan emosi. Jadi, bila kita dah mulakan sesuatu itu (berniaga) kita kena buat dengan serius. Jangan sia-siakan peluang yang kita ada.”

“Seperti yang selalu saya bisikkan pada diri saya, ambillah peluang yang datang sebaiknya. Sekecil mana pun peluang usah disiakan, siapa tahu peluang kecil membawa impak yang besar. Saya selalu gunakan kelemahan yang ada sebagai satu langkah permulaan untuk Berjaya. Contohnya, orang kata saya kecil saya tak boleh masuk Fear Factor, tapi saya masuk juga. Orang kata jangan buka kedai makan di tingkat satu, saya buka juga. Apa yang orang kata jangan, itulah yang saya buat.”

Bila ditanyakan tentang misi utamanya dalam hidup, Elfira nyatakan yang dia mahu menjalani hidup dengan memberi manfaat kepada orang lain, dan dalam masa yang sama mengumpul manfaat untuknya di akhirat kelak. Bila ditanya tentang perkahwinan, Elfira secara berterus terang dia bercita-cita mahu menamatkan zaman bujangnya pada usia 25 tahun. “Dulu saya tertanya-tanya kenapa orang nak tetapkan usia bila mahu berkahwin. Tapi semakin menginjak dewasa saya lebih faham, bila kita ada sasaran kita juga sebenarnya akan mengusahakan perkara-perkara lain sebelum kita berkahwin. Sebelum saya berkahwin saya mahu menstabilkan kerjaya juga keluarga. Membantu mereka semampu yang boleh. Jika ikutkan sedia, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin bila-bila masa.” Ujar Elfira, dia membayangkan semuanya sudah stabil (yakni perniagaannya) pada usia 25. Dia mahu bekerja kuat sebelum berkahwin, merancang apa yang boleh diusahakan selepas berkahwin dan pabila usia mencecah 40 tahun dia mahu berhenti bekerja dan menumpukan sepenuhnya pada keluarga.

Ramai yang fikir kepercayaan dan komunikasi adalah akar yang perlu diperkukuhkan dalam setiap perhubungan, namun tidak pada Elfira. Padanya, dalam mencari pasangan yang bakal menjadi pembimbing juga ketua keluarga, dia mencari seorang lelaki yang boleh mengawalnya. Dia mahu seorang yang boleh kontrol dirinya bila-bila masa, saat gembira mahupun duka. “Jika ada perselisihan faham, dia tahu bagaimana mahu mengawal saya. Saya mahukan seseorang yang boleh kontrol bila saya marah, bila saya bersedih atau gembira. Macam kita adik-beradik, gaduh macam mana pun kita masih boleh tinggal serumah sebab kita boleh kontrol diri dan juga ahli keluarga yang lain.”

“Saya bukanlah seorang yang expressive. Hanya mereka yang betul-betul memahami diri saya yang tahu apa yang saya rasa. Jadi, kalau seseorang itu tahu bagaimana mahu mengawal emosi saya, dialah orang yang sesuai untuk saya.”

Untuk memulakan perhubungan yang dinamakan perkahwinan, pada Elfira persiapan jiwa itu yang penting. Dalaman perlu diutuhkan kerana masing-masing akan memulakan hidup dengan orang baru. “Perkahwinan itu adalah ibadah yang paling indah. Kasih sayang itu adalah anugerah Allah paling cantik. Ia adalah perkara yang baik, dan perkara yang mulia seperti perkahwinan akan sentiasa ada dugaan dan ujian. Kita dan pasangan perlu bawa makna perkahwinan itu ke satu peringkat yang lain. Usah mencari kesempurnaan dalam perkahwinan kerana sampai bilabila pun hidup kita tidak akan pernah sempurna.”

“Apa yang El belajar daripada perkahwinan ibu bapa El?” saya bertanya. “Saya membesar dalam keluarga yang tidak bersama. Ibu dan ayah berpisah pada usia saya baru enam tahun. Kami empat beradik berpisah, dua ikut mama dan dua ikut ayah. Dan perpisahan itu membuat saya sedikit takut dengan lelaki walaupun hakikatnya mama tak pernah burukkan lelaki. Perpisahan mama dan ayah membuka saya ruang untuk belajar banyak perkara. Saya mula faham yang bila kita berkahwin kita perlu tahu berdikari,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.