TIDAK FIKIR SOAL PERSAINGAN

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

sentiasa bersedia dengan apa-apa kemungkinan.” Mendengar jawapan Elfira itu sebenarnya mengundang rasa terkejut. Saya fikir selama ini dia dibesarkan dalam keluarga yang cukup bahagia. Melihatkan gambar mesranya bersama adik-beradik yang lain membuat saya terfikir akrab dan bahagianya mereka. Dan tiada niat untuk mencungkil sebarang rahsia. “Maaf El, saya tak tahu,” ujar saya dihimpit rasa bersalah. “Tak apa. Saya sendiri tak pernah berkongsi kisah ini dengan sesiapa. Hari ini saya berani bercerita kerana saya lebih bersedia. Saya tidak bercerita sejak dulu kerana saya tak mahu orang fikir saya mencari simpati. Hari ini bila semuanya sudah stabil saya lebih bersedia untuk berkongsi. Macam saya katakan tadi, saya bukanlah orang yang expressive. Saya kerja kuat dan akhirnya saya mampu beli rumah dan buka kafe. Kami adikberadik sudah boleh tinggal serumah, samasama usahakan perniagaan. Apa yang saya sediakan ini semuanya demi keluarga saya sendiri.”

Bila ditanyakan tentang perkahwinan sesama selebriti, Elfira bersifat terbuka tentang siapa pun jodohnya. Selebriti atau tidak bukan soalnya. Ujar Elfira dia tidak meletakkan background seseorang sebagai kayu ukur nombor satu dalam berkawan. “Baik atau buruk pun seseorang sebelum ini tidak harus menjadi kayu ukur. Saya juga pernah buat silap, dan saya pun tak mahu orang mengungkit kesilapan lama saya. Jadi tidak adil kalau saya menghakimi kisah lampau seseorang. Bagi saya setiap orang akan melalui tangga-tangga untuk berubah. Setiap hari adalah hari baru, dan kita diberikan peluang untuk jadi manusia yang lebih baik. Jadi dengan siapa pun jodoh saya satu hari nanti, saya tidak meletakkan kerjaya atau background sebagai satu syarat penting,” balasnya. Saat artikel ini ditulis, Nelydia yang mesra saya sapa dengan panggilan Nely sedang rancak menyempurnakan penggambaran Jebat The Movie. Filem yang diinspirasi daripada siri Bukan Aku Tak Cinta dilihat akan menjadi penyambung kepada kegilaan drama bersiri itu. Namun Nelydia menolak jika ada yang beranggapan corak penceritaannya akan sama. “Jebat The Movie berbeza. Tajuknya sendiri pun sudah lain, begitu juga dengan jalan ceritanya. Ia adalah sebuah cerita cinta baru. Orang yang tak menonton bukan Aku tak Cinta pun boleh faham filem ini,” ujarnya membuka bicara.

Drama Bukan Aku Tak Cinta pernah mencipta fenomena yang cukup tersendiri. Pengikut setia drama 60 episod ini boleh saya simpulkan agak fanatik. Dan saat saya tanyakan pada Nelydia, adakah dia yakin penonton yang menonton drama ini akan memberi sambutan yang sama bila ia diterjemahkan dalam bentuk filem. Jawabnya, “Sebaik Nely terima Nely yakin akan ada impak. Nely sendiri sudah keluar daripada zon selesa. Nely melihat Jebat The Movie adalah ruang untuk Nely menonjolkan sisi matang Nely. Nely menyatukan karakter ganas dan gedik. Bagi Nely watak Mastura itu adalah satu watak yang cukup mencabar, gediknya usah sampai buat penonton meluat.”

Kata Nelydia pada saya, Sharnaaz Ahmad adalah seorang pelakon yang hebat. Andai katakan bukan dia yang membawa watak Mastura sekalipun, dia percaya Sharnaaz mampu menjadi Jebat yang orang suka. “Saya dan Sharnaaz saling membantu. Mungkin orang lain boleh, tapi saya percaya kalau nak bina chemistry tu kita perlu ada komunikasi biarpun sudah habis take. Saya ambil kerja sebagai pelakon ini sebagai satu benda yang serius, dan saya lakukannya dengan rasa jujur dan ikhlas.”

Dan hari ini bidang lakonan khususnya menghadapi persaingan yang cukup sengit. Berbeza dengan industri nyanyian, bidang lakonan tempatan menyaksikan ramai kemunculan wajah-wajah baru. Dan saya akui kalaulah tiada media sosial saya sendiri pun susah hendak kenal sebahagian pelakon-pelakon pelapis hari ini. Kesibukan dengan kerja membataskan masa untuk saya menonton televisyen. Bila saya suakan hal persaingan Nelydia secara jujurnya berkata dia tidak pernah memikirkan hal itu. Mengapa? Kerana dia bersikap realistik. Sama seperti temu bual saya dua tahun lalu, Nelydia memang sudah siap sedia akan tiba satu masa kelibatnya akan hilang dalam dunia seni.

“Saya terjun ke bidang ini sejak sekolah lagi dan dari saat itu Nely sendiri sudah set kan dalam kepala yang fasa Nely takkan lama di sini. Penonton dan peminat akan sentiasa mahukan pembaharuan. Saya juga percaya pada rezeki, jika kita usaha akan ada rezeki kita. Pelakon-pelakon baru hari ini turut diterima kerana usaha mereka juga. Jadi, dalam menuju hari-hari mendatang ini apa yang boleh saya lakukan ialah tunjukkan disiplin dan berikan kualiti terbaik akan setiap kerja yang saya lakukan. Saya tak fikir fasal persaingan.”

Ini adalah kali kedua Nelydia menghiasi muka depan EH!. Debutnya dulu ialah untuk edisi Februari 2014. Banyak bezanya Nelydia yang dulu dengan Nelydia sekarang. Dia nampak lebih yakin dan paling penting dia nampak selesa dengan dirinya sendiri. Saya tidak tahu apa yang benar-benar berubah, dan saya tidak pasti apa yang membuat dia berubah. Tapi apa yang saya rasakan berdasarkan penggambaran pagi itu Nelydia tampak lebih yakin. Jika dulu dia seakan clueless bila berada di depan lensa. Dalam bayangan minda saya dia seolah-olah mencari diri, semuanya bagai tak selesa. Tetapi tidak hari ini. Dia nampak selesa, bila diminta toleh ke kanan dia buat, bila diminta mendongak dia ikut. Dia membawa dirinya keluar untuk lebih berekspresi dan bereksperimen. Saya suakan perubahan positif ini.

“Saya pernah jadi orang yang sangat low self esteem. Saya selalu risau dan fikir tentang diri saya lebih-lebih lagi bila di khalayak. Semuanya saya rasa bagaikan ada yang tak kena. Perubahan ini saya rasa berubah seiring dengan kematangan usia juga pengalaman-pengalaman yang saya kumpul. Dan saya tak nafikan manager saya, Megat juga banyak menolak saya untuk ke depan. Dia mengajar saya untuk tidak berasa malu atau takut.”

“Saya sendiri paksa diri untuk lebih berani. Saya fikir kalau saya sendiri tak yakin dengan diri sendiri bagaimana orang lain hendak yakin dengan saya. Apa yang saya pegang hari ini ialah saya mesti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.