PERKAHWINAN BUKAN 100 PERATUS CINTA

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

sayang diri saya. Perlu tahu hargai diri sendiri. Hargai kelebihan dan juga kekurangan diri. Kita sebagai manusia perlu tengok kualiti diri kita.”

Tidak hanya keyakinan, Nelydia juga saya lihat ada perubahannya dari segi fizikal. Badannya lebih kurus berbanding dulu. Perubahan ini turut disedari jurusolek dan pendandan yang meriasnya, Bong dan Gary. Malah kedua-duanya juga yang merias cover sulung Nelydia bersama EH! dulu. Mereka berdua turut sedar akan perubahan Nelydia. Jadi bukan saya seorang saja yang sedar atau sengaja mahu mengambil hati.

Kata Nelydia dia banyak menyekat tekaknya dari menikmati minuman manis. Dia banyak membasahkan tekak dengan air kosong saja. “Jika teringin adalah seteguk dua buat hilang rasa teringin. Nely hanya boleh kurangkan gula kerana makanan lain seperti nasi Nely mesti makan. Dalam nasi itu sendiri sudah ada gula kan.” “Nely exercise?” saya bertanya. “Tidak. Memang tiada masa. Kesibukan di set sudah cukup buat Nely. Jika ada masa Nely akan berjalan-jalan di set, naik tangga turun tangga. Kalau lepas makan tengah hari atau malam di set Nely takkan terus duduk saja. Akan cuba berjalan-jalan.” Bila ditanya tentang bagaimana dia menjaga kecantikannya, balas Nelydia dia sekadar melakukan yang asas saja. Tiada yang berbeza dengan orang lain. Cuma dia akan pastikan muka dicuci bersih tanpa mekap sebelum beradu. “Mungkin pada usia begini amalan rejim asas sudah memadai. Kulit tengah elok kan, buat sekadar yang perlu pun sudah okey.” positif. Perbincangan lebih menjurus kepada nasihat bukannya membincangkan kontroversi secara kosong. “Sikap saling memahami antara kami adik-beradik mungkin juga kerana hasil didikan keluarga, sejak dulu lagi kami sekeluarga menerapkan konsep sentiasa ada untuk satu sama lain. Baik seronok atau sebaliknya, kita sekeluarga sama-sama hadapi. Bahkan kebanyakan kawan-kawan rapat pun semuanya datang dari kelompok keluarga. Tapi itu bukan bermaksud saya tidak berkawan dengan orang lain, tapi bila bab-bab melibatkan hal-hal peribadi lebih senang berkongsi sesama keluarga.”

“Bila salah seorang terkena kontroversi, Nely terasa atau sedih?” “Siapa tak sedih. Itu adalah sesuatu yang normal, kita adikberadik mesti ada rasa itu. Kata orang cubit paha kanan, paha kiri terasa. Sejujurnya saya lebih percaya pada ahli keluarga sendiri berbanding dengan apa yang saya dengar atau baca. Biasanya kalau perkara tu remeh-temeh lebih elok diletakkan ke tepi saja.” Seiring dengan isu yang diketengahkan, saya tanyakan pada Nelydia jika dia sudah punya perancangan tentang perkahwinan. Katanya pada saya dia memasang harapan untuk berkahwin sebelum pangkal usianya bertukar angka tiga. “Saya tak berani untuk meletakkan sebarang target, tapi sebolehnya saya mahu berkahwin kala usia masih dalam lingkungan 20-an. Buat masa ini saya mahu beri ruang kepada diri untuk cuba benda-benda baru yang belum pernah saya buat. Saya tak mahu perkahwinan menjadi penghalang.” Kongsi Nelydia lagi, dia sebenarnya dalam merancang mahu buka perniagaan, tapi terlalu awal untuk dikongsikan. Cuma apa yang boleh dia katakan buat masa sekarang perancangannya sudah bermula.

Perkahwinan adalah satu kembara, satu kembara yang hanya difahami oleh mereka yang sudah melayarinya. Jadi sukar sebenarnya untuk orang yang belum melangkah ke alam baru ini menelah apa sebenarnya erti perkahwinan. Kata Nelydia, dia hanya mahu berkahwin bila dia sendiri sudah berasa selesa dengan dirinya sendiri, bila dia sendiri sudah boleh mengawal dirinya. “Sebagai perempuan kita juga perlu buat persiapan, termasuklah dalam hal kewangan. Saya mahu jadi seorang yang independent biarpun sudah berumah tangga satu hari nanti. Mungkin bila saya sudah ada segalanya tapi saya rasa sunyi tanpa cinta, itu tandanya saya sudah bersedia untuk berkahwin.”

Pada Nelydia perkahwinan itu bukan dibina daripada cinta 100 peratus. Katanya perkahwinan adalah campuran variasi elemen yakni tanggungjawab, kepercayaan, masa, pengorbanan dan rutin. “Cinta itu datang bila kita pupuknya setiap hari. Dan bagaimana mahu memupuknya adalah berdasarkan elemenelemen tadi. Pada saya rutin itu cinta, yakni cara kita berkongsi hidup dengan pasangan. Dalam perkahwinan kita perlu banyak berkorban.” Tambah Nelydia lagi, dalam perkahwinan perlu ada tolak ansur, perlu ada keseimbangan. Ada masa kita mengalah, ada masa kita menerima. Begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam perkahwinan itu dibina atas dasar keseimbangan.

Bila ditanya tentang ciri-ciri lelaki yang mahu dijadikan suami, ringkas aja balas Nelydia. “Saya mahu orang yang stabil, baik dari segi kewangan juga agamanya.” Dan bila ditanya tentang status hubungannya dengan Qi, lebih ringkas jawapannya. “Tettttt...” itu sahaja jawabnya lalu ketawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.