FAMOUS CELEBRITY SISTERS

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Umum mengetahui dalam keluarganya bukan dia seorang sahaja yang terlibat dalam dunia seni. Kakaknya, Uqasha Senrose dan adiknya Raysha Rizrose turut sama bergelar pelakon. Dan bila sudah sama-sama bergelar selebriti, kesibukan sentiasa menjadi batas masa untuk selalu meluangkan masa bersama. Nelydia sendiri mengakui akan kesibukan mengisi tuntutan tugas ada kalanya menyukarkan untuk mereka bertemu biarpun bermastautin dalam rumah yang sama.

“Masing-masing sibuk. Makin dewasa makin terasa. Kadangkadang bagaikan rasa kehilangan. Kita sama-sama cari masa supaya keakraban atau bonding antara kami tidak hilang.”

Kata Nelydia mereka bertiga punya karakter yang nyata berbeza. Uqasha menurutnya memiliki sifat seorang ‘kakak’, yang sering menjadi tempat mengadu. Uqasha penuh dengan positivity. Dan Uqasha juga seorang yang susah hendak bersuara, lebih suka memendam dan ada kalanya dia garang juga di sebalik lembutnya.

Tentang Raisya pula kata Nelydia dia seorang yang sangat yakin, bijak dan tahu apa yang dia mahukan. “Satu yang saya bangga dengan Raisya ialah walaupun dia muda, pandangannya tentang hidup sangat matang. Apa yang dia cakap dia akan buat. Harapnya dia akan kekalkan sikap yang ada padanya itu,” tambahnya lagi.

“Karakter Nely di kalangan keluarga pula macam mana?” saya mengusiknya. “Saya seorang yang periang dan positif. Jika dalam keluarga mereka gelar saya clown kerana saya sentiasa cuba untuk buat semua orang ketawa. Apa yang boleh saya katakan saya cuba sebarkan vibe dan energy positif dalam keluarga.”

Bila-bila salah seorang dihimpit kontroversi mereka adikberadik tidak pernah beri tekanan sesama sendiri. Kata Nelydia mereka sentiasa menyokong satu sama lain dan berikan input

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.