Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Kami menggabungkan magis dua pakar dalam dunia solekkan dan dandanan. Bong dan Gary kami anggap duo yang sering bekerjasama dalam banyak penggambaran majalah. Bong mencipta solekan yang cukup natural buat Elfira dan Nelydia. Mainan warna-warna dalam palet tanah dengan percikan tekstur berkilau menjadi inti pati utama dalam solekan ini. Kata Bong dia cuba menghidupkan solekan ini dengan penggunaan bulu mata palsu yang sedikit tebal. Dia melengkapkan solekan ini dengan calitan gincu dalam ton coklat. Gincu dalam tekstur frosted (tampak lembap) dicalit pada bibir dua gadis jelita ini.

Untuk dandanan pula, Gary mencipta gaya rambut yang cukup minimalis. Tidak terlalu ‘bersiap’, sesuai dengan mood romantis yang cuba kami bawakan pada penggambaran ini. Secara keseluruhannya, look yang EH! tonjolkan menerusi edisi masih berpaksikan pada gaya natural, seiring dengan tema perkahwinan yang ditonjolkan.

DIOR Nude Air Glow M.A.C Retro Matte Liquid Le Volume De CHANEL HOURGLASS Modernist Eyeshadow Palette

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.