GAYA

Naib juara Gempak Superstar, Sherry Ibrahim sedang mencari identiti gaya tersendiri selepas berhijrah mengenakan hijab sejak April lalu.

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Bicara mengenai fesyen, Sherry mengaku dia masih dalam proses belajar dan mencari identiti gaya tersendiri sejak mula mengenakan hijab. Dia gemar menyarungkan helaian yang lebih kasual seperti kemeja putih longgar bersama seluar denim yang lebih ranggi. Selain itu, dia turut menggemari paduan warna blok dalam eksperimentasi warna terang kerana dia akan kelihatan lebih muda dan segar. Dia juga gemar bermain dengan aksesori dalam gaya bohemian seperti ikon fesyen pilihannya iaitu Vanessa Hudgens. Lebih longgar dan flowy. Tambah Sherry, dia memandang tinggi rekaan Zuhair Murad yang glamor selain pereka lokal Rizalman Ibrahim yang punya signature rekaan tersendiri. Bicara mengenai busana perkahwinan idamannya pula, dia mahukan gaun putih yang punya perincian ringkas juga rekaan tradisional songket dalam ton biru malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.