TIPS MEMILIH CINCIN PERKAHWINAN SECARA SEGERA:

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Jangan memilih bentuk cincin yang sama dengan cincin pertunangan atau merisik. Seeloknya, pilih rekaan lebih berbeza seperti pemilihan batu permata berona atau bentuk batu permata.

Kira bajet anda. Anda mungkin ingin berjimat, tetapi tidak salahnya jika terlebih bajet. Bukan selalu, anda ke kedai barangan kemas untuk memilih cincin perkahwinan.

Sudah tiba di butik, ambil masa untuk mencuba ke semuanya jenis bentuk atau paten cincin hingga sampai satu saat anda dan pasangan membuat kata putus. Jika punya bajet lebih, apa kata anda tempah sahaja dengan rekaan anda inginkan. Cara ini lebih cepat dan efisien.

Jangan lupa bawa pasangan anda. Kali ini keputusan bersama, bukan seperti sebelum ini yang mana mungkin anda sendiri yang memilih cincin pertunangan anda. Adakala mata pasangan lebih tajam dan lebih sensitif dengan setiap benda yang dibeli.

Pilihan antara cincin berlian atau emas tulen. Jika anda lihat selebriti terkemuka rata-ratanya memilih cincin berlian bersama sebutir permata besar. Lebih bersinar atau fancy. Emas tulen pula walaupun tidak menyerlah seperti berlian tetapi nilainya berganda . Mungkin untuk cincin perkahwinan anda pilih berlian, dan emas pula tunggu waktu majlis ulang tahun perkahwinan pertama. Romantik bukan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.