PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH BAKAL RATU SEHARI

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

astinya anda ingin kelihatan cantik berseri ketika hari bahagia. Inilah masanya untuk anda sibukkan diri dengan rutin cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki, barulah seri pengantin akan menyerlah. Segalanya akan berubah sekiranya anda memulakan langkah awal untuk memastikan rupa anda di majlis kelihatan sempurna bak bidadari. Kebanyakan ratu sehari akan menyerahkan segala tanggungjawab kepada jurusolek untuk mencantikkan wajah.

Namun sebenarnya untuk kelihatan cantik ketika hari bahagia, anda juga memainkan peranan penting dalam menyerlahkan kecantikan anda pada majlis tersebut. Anda perlu tahu perkara yang patut dilakukan dan perkara yang perlu dihindari menjelang hari bahagia agar tidak timbul sebarang masalah seperti kulit kusam dan berjerawat, rambut kelihatan tidak bermaya dan sebagainya.

Amalkan penggunaan produk yang mengandungi SPF atau memakai topi setiap kali anda mahu keluar rumah.

Lakukan rawatan wajah dan urutan badan setiap minggu agar kulit kelihatan menawan.

Amalkan pengambilan air putih lapan gelas atau dua liter sehari bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan sempurna.

Lakukan waxing atau bleaching! Ia penting untuk keyakinan anda. Lakukan dalam masa empat ke tujuh hari sebelum majlis.

Anda haruslah rajin untuk trim rambut yang rosak agar senang untuk mendandan rambut anda. Sekiranya anda ingin memotong rambut, pastikan dalam tempoh lapan minggu sebelum majlis.

Dapatkan tidur yang cukup menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan bertenaga. Pastikan tidur anda 6-8 jam setiap hari.

Sekiranya anda mempunyai rambut yang kering, cuba urutan minyak panas (minyak badam, bijan atau zaitun) selang tiga hari.

Amalkan rejim pengelupasan dalam rutin penjagaan kecantikan anda. Anda boleh lakukan di rumah dengan menggunakan campuran gula dan isi buah untuk dilulur pada kulit.

Rajin menyapu losen pada kaki dan tangan agar tidak kering. Pastikan anda melakukan rawatan kuku pada minggu terakhir menjelang hari bahagia.

Gunakan span setiap kali mandi. Ia akan menanggalkan sel-sel kulit mati agar kulit tampil berseri pada malam pertama.

Oles serum vitamin C setiap hari bagi merawat kulit yang kusam agar kulit kelihatan cerah ketika majlis.

Lakukan rawatan pemutihan dan pembersihan gigi dua – tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.