PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN BAKAL PENGANTIN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Elakkan pergi bercuti ke pantai beberapa minggu sebelum majlis berlangsung kerana kulit yang perang tidak mudah dicerahkan semula dalam waktu yang singkat.

Elakkan makanan ringan, minuman berkarbonat dan minuman berais.

Jangan potong rambut atau mewarnakan rambut anda kurang dari tiga minggu sebelum majlis berlangsung.

Elakkan bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika sering bangun lewat.

Elakkan mewarnakan rambut dengan warna-warna terang dan pelik.

Elakkan melakukan rawatan wajah pada saat akhir, ia akan membuatkan keadaan kulit tampak tidak seimbang, kemungkinan besar akan ada alahan atau bengkak besar pada wajah.

Cuba elakkan mengguna produk baru atau rawatan yang baru dalam masa tiga bulan dari tarikh perkahwinan bagi mengelakkan timbul sebarang masalah pada kulit wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.