SIGNORINA MISTERIOSA

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Wangian penuh misteri ini menampilkan haruman buahbuahan oriental dengan adunan esen wild blackberry yang diramu bersama neroli, orange blossom, tuberose dan dihidupkan dengan bau manis daripada black vanilla mousse dan patchouli. Paling saya suka adalah kelalangnya yang berwarna hitam pekat. Sangat eksklusif dan menonjolkan identiti misteri yang mahu ditonjolkan. Haruman ini dicipta Nicolas Beaulieu bersama Sophie Labbe dan Juliette Karagueuzoglou. RM246 (30ml), RM352 (50ml) dan RM470 (100ml).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.