SENAMAN WAJAH

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

1 Teknik menepuk dagu (tapping motion) menggunakan belakang tangan, setiap pagi, petang dan malam. Lakukan sebanyak 40 kali. Ini bertujuan mengurangkan dagu berlipat (double chin). 2 Berteleku di bibir katil, tongkatkan dagu menggunakan telapak tangan, manakala siku di atas lutut. Lakukan setiap hari sebaik anda bangun pagi selama 10 minit, ini juga salah satu cara untuk mengurangkan dagu berlipat. 3 Lakukan aksi yang sama seperti di atas namun kali ini tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dgn telapak tangan), siku di atas lutut. Lakukan selama 10 minit bermula dengan tekap di dahi, pipi dan diakhiri di dagu. Senaman ini bertujuan untuk mengurangkan muka sembap dan menaikkan tulang pipi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.