BULAN MADU DI THE DATAI LANGKAWI

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Selesai sudah majlis perkahwinan, tiba masanya untuk anda dan pasangan menikmati bulan madu yang telah dirancang. Bagi mereka yang masih belum memikirkan lokasi sesuai, kami sarankan lokasi romantik di The Datai Langkawi. Terletak di tengah-tengah hutan hujan berusia 10 juta tahun, The Datai Langkawi sesuai untuk percutian romantis buat pasangan yang ingin meraikan detik-detik kehidupan sambil menikmati suasana hidupan liar. Pakej The Datai Romance menawarkan penginapan dua malam di Canopy Deluxe Room yang menghadap hutan hujan. Pasangan juga ditawarkan peluang untuk spa 150 minit termasuk 90 minit urutan tradisional dan 30 minit Love Bath serta lawatan berpandu, set makan malam romantik dan sarapan setiap hari untuk dua. Pakej ini boleh didapati sekarang hingga 5 Julai dan 1 September hingga 23 Disember 2016 bermula harga US1,084 (RM4,461.04).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.