SELAIN LAKONAN DAN PENGARAHAN, APA LAGI MINAT ANDA?

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

I’m a huge fan of theatre. Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengarah satu projek teater yang digelar TIGA. TIGA merupakan inisiatif Five Arts Centre Malaysia yang mana penulis layar akan diberikan tiga objek dan penulis harus menulis jalan cerita yang melibatkan tiga objek tersebut sama ada ia merupakan satu jalan cerita panjang atau tiga monolog berbeza. Untuk projek saya, penulis layarnya adalah Sharifah Aleysha dan dia menulis tiga monolog berbeza iaitu Bed, Knife dan Chair. Saya mengarah monolog Bed dan boleh dikatakan ia amat berjaya. Walaupun sekadar projek yang kecil namun saya amat gembira dengan hasilnya kerana saya dapat menimba pengalaman sebagai seorang pengarah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.