FILEM PENGARAH LAKON LAYAR PELAKON VERDIK

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

The Huntsman: Winter’s War Cedric Nicolas-Troyan Evan Spiliotopoulos & Craig Mazin Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain F ilem kisah dongeng yang diambil daripada penulisan Brothers Grimm ini tidak jauh berbeza dengan filem pertamanya, Snow White and the Hunstman. Ia masih lagi hambar, tidak menarik dan tidak imaginatif. Kristen Stewart yang memegang watak Snow White dalam filem sebelum ini tidak kembali, jadi tumpuan utama berubah kepada Charlize Theron yang memegang watak Ravenna.

Barangkali tidak perlu lagi dinafikan, Charlize seorang yang amat berbakat tidak kira apa karakter yang dibawanya. Mungkin ini satu-satunya yang menyelamatkan filem The Huntsman: Winter’s War tenggelam dengan lebih jauh.

Bagi penonton yang mungkin keliru dengan filem ini, ia sebenarnya bertindak sebagai prequel dan sequel bagi filem Snow White and the Hunstman yang menceritakan kembali dunia sebelum kehadiran Snow White. Filem ini turut memperkenalkan adik kepada Ravenna iaitu Freya (lakonan Emily Blunt) dan menurut cermin ajaib, anak kepada Freya suatu hari nanti akan mengugut kedudukan Ravenna sebagai Permaisuri. Di sini bermulanya rancangan jahat Ravenna bagi memastikan dia masih lagi the fairest of them all.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.