BELIF –BELIEVE IN TRUTH

EH (Malaysia) - - Como. Eh. My -

Belif menggabungkan konsep moden dan tradisional untuk menghasilkan setiap produk penjagaan mereka agar dapat menghasilkan rangkaian yang terbaik dan berkesan untuk kulit. Antara produk mereka ialah: The True-Whitening Facial Sheet Mask Pupur muka yang berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah. Pupur muka organik ini dirumus tanpa peraben, sulfat, phtalates dan juga bebas daripada minyak mineral, petrolatum, bahan pengawet sintetik, pewarna, minyak wangi dan bahan-bahan berasal dari haiwan. Anti-Wrinkle Essence Esen ini sesuai digunakan untuk menghilangkan kedutan pada wajah dengan formulanya yang pekat namun tekstur esen ini ringan bagi memudahkan penyerapan pada permukaan wajah. Ia juga membantu melicinkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Anti-Wrinkle Cream Krim muka ini berfungsi untuk menghidrat dan menegangkan semula kulit wajah agar tiada kedutan dan garis-garis halus. Diformulasi dengan Bilberry dan Yarrow, krim ini turut membantu untuk menegang dan menganjalkan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.