Bintang baru yang penuh pesona. EH! mencuri sedikit masa Zahirah untuk sesi soal jawab yang cukup fun.

EH (Malaysia) - - Sejenak -

1 BAGAIMANA TEMAN-TEMAN RUMUSKAN TENTANG PERSONALITI ANDA? Kawan-kawan kata saya seorang yang spontaneous dan reserve. Ya, dengan kawan-kawan pun saya agak reserve. 2 APAKAH BAKAT LAIN YANG MAHU ANDA MILIKI? Saya teringin punya kebolehan menyanyi. Mungkin seperti Ariana Grande. Seni mempertahankan diri juga sesuatu yang saya suka. 3 FILEM PALING ROMANTIK YANG PERNAH ANDA TONTON? Notebook. 4 FILEM KEGEMARAN ANDA SEWAKTU DI SEKOLAH? Twilight. 5 JIKA BERKAHWIN SATU HARI NANTI, APAKAH LAGU TEMA PERKAHWINAN ANDA? Lagu-lagu John Legend. 6 LAGU YANG ANDA NYANYIKAN DI BILIK MANDI? Ketika ini Ain’t Your Mama – Jennifer Lopez. 7 BAGAIMANA ANDA HILANGKAN STRES? Bersendirian di rumah. 8 JIKA ANDA HANYA BOLEH PAKAI SATU JENAMA/PEREKA, APA/ SIAPA PILIHAN ZAHIRAH? Baju-baju Kendall Jenner. Saya obses dengannya. 9 GAUN PERKAHWINAN IMPIAN ANDA? Gaun potongan duyung. Saya berangan mahu pakai Zuhair Murad. 10 SIAPA LELAKI PALING SEKSI DI MATA ANDA? My boyfriend... ha ha! 11 SELENA GOMEZ ATAU ARIANA GRANDE? Selena Gomez. 12 APAKAH PERKARA TERAKHIR ANDA LAKUKAN SEBELUM TIDUR? Cuci muka. 13 APLIKASI TELEFON TERBARU YANG ANDA MUAT TURUN? Shazam. 14 PUJIAN YANG SELALU ORANG BERIKAN KEPADA ANDA? Selalunya tentang bibir saya. 15 HARI SAYA TIDAK AKAN LENGKAP TANPA... Donat dan kopi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.