TIP PENGGAYAAN

EH (Malaysia) - - 10 Terkini -

Walaupun pemakaian denim biru sudah memadai dalam bergaya santai, suntik gaya lebih personal dengan menghiaskan denim anda dengan lencana mahupun perincian pepaku untuk jeritan personaliti tersendiri. Bosan dengan seluar denim biru? Tukar rutin gaya anda dengan denim putih yang lebih segar dan chic. Pastikan panjang seluar denim putih anda di atas buku lali agar dapat menonjolkan kasut pilihan anda nanti. Untuk membawa gaya hujung minggu anda ke paras yang lebih cool, pilihan seluar denim tanpa garis kelepet akan melantangkan gaya lebih raw. Padankan bersama baju kemeja-t putih dan sniker sukan untuk melengkapkan gaya.

SACAI Jaket perincian manik, TOPSHOP Beg tangan kulit, GUESS RM459

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.