Stor pakaian pelbagai jenis persalinan kembali menerajui platform arena fesyen tempatan. Jenama KN Key Ng bakal memenuhi gerobok pakaian anda dengan rekaan terkini dan harga berpatutan.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Di bawah penguasaan syarikat City Wave Sdn Bhd, jenama KN Key Ng sudah berada di pasaran sejak tahun 1998 dan ia diuruskan sendiri oleh Key Ng yang bertindak sebagai Pengarah Fesyen dan Maye Ng, Pengarah Pemasaran. Kedua-dua individu ini yang membawa kembali jenama KN Key Ng ke pentas fesyen tempatan masa kini. Kali ini, rekaan yang mereka tampilkan adalah hasil gabungan moden dan eklektik khas bagi persalinan kasual, pejabat, koktel dan couture untuk wanita dan lelaki. Malah, KN Key Ng turut mengeluarkan barangan aksesori seperti beg tangan, kasut, rantai dan kaca mata yang boleh dipadu padan bersama helaian eksklusif KN Key Ng.

Pengasas KN Key Ng menganggap jenama fesyen ini adalah suatu kunci utama dalam dirinya kerana dia sangat mengagumi dunia fesyen dalam setiap aspek malah ia juga lambang keghairahannya dalam membawa sesebuah rekaan menjadi realiti lebih moden dan trendy. Sebelum, mengembangkan sayapnya lebih meluas dalam perniagaan fesyen tempatan, dia terlebih dahulu menghabiskan pengajiannya di Institusi Seni Nanyang di Singapura pada tahun 1990. Pernah bekerja di bawah syarikat pereka Singapura iaitu Bobby Chng selama dua tahun sebelum pulang ke Malaysia untuk membuka label fesyennya sendiri.

Menganggap kerjayanya dalam dunia fesyen ini sekadar hobi serta aktiviti kembaranya ke serata dunia memberi sumber inspirasi terbaru untuk setiap koleksi yang bakal dihasilkan. Bagi tahun 2016, KN Key Ng menampilkan himpunan terbaru dengan kolaborasi bersama Jan Chin dengan label Key Ng + Jan Chin. Koleksi musim panas/bunga 2016 ini membawa kepada inspirasi gaya hidup Jan Chin iaitu elegan, penuh yakin dan feminin. Setiap ilham stail, warna dan pemilihan fabrik adalah eksklusif, kombinasi artisan, ton neutral, gabungan fabrik cetakan genggang dan kontras. Malah, dari segi potongannya lebih kepada longgar dan bersahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.