Muzammin Muzlan Penulis Kanan Fesyen

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Menyedari kebaikan berpeluh atau perspirasi, Sweatspa yang diasaskan pada 1999 menggunakan Sunlighten dalam menghasilkan sauna inframerah yang memberikan kebaikan terapi untuk kegunaan komersial mahupun di rumah. Selain rawatan detoks, Sweatspa turut menawarkan rawatan untuk kesihatan kulit, melegakan sakit atau Relaxation Therapy. Saya berpeluang mencuba sendiri sauna infrared ini di spa mereka yang terletak di Bangsar Shopping Center. Sinaran inframerah yang digunakan di dalam sauna Sweatspa adalah selamat dalam menghasilkan peluh detoks dari lapisan dalam badan. Berbeza mengikut umur dan kadar kesihatan pengguna, saya menggunakan sauna inframerah itu selama 45 minit. Selepas 10 minit, saya dapat merasakan peluh mula keluar dari keseluruhan badan. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu terapi yang cukup selesa dan nyaman kerana anda hanya perlu duduk atau baring. Rawatan di Sweatspa perlu dijalankan secara konsisten untuk mendapatkan keputusan yang maksimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.