Anis Hanini Penulis Kanan Gaya Hidup

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Saya memilih rawatan Clarins Total V Face Shaper untuk membentuk wajah bulat agar menjadi lebih runcing, terbentuk dan nampak muda. Rawatan ini fokus kepada dua item penting bagi membentuk wajah iaitu V-Facial Intensive Wrap dan Enhancing Eye Lift. Tidak seperti rawatan lain yang menggunakan kaedah extraction, rawatan Clarins bermula dengan cucian dan pengelupasan untuk menanggalkan sisa-sisa kulit mati. V-Facial Intense Wrap digunakan dalam rawatan ini bertindak sebagai pupur yang diletakkan pada bahagian bawah muka serta leher selama 10 minit untuk mengurangkan kulit wajah sembap akibat tekanan mahupun cuaca manakala Enhancing Eye Lift pula disapu pada bahagian mata untuk mata lebih terbentuk dan galak. Clarins menekankan penggunaan kandungan herba semula jadi seperti beautyberry, zerumbet ginger dan horse chestnut yang mengandungi kebaikan dalam mengurangkan sembap sambil mengembalikan keserian kulit dalam produk V-Facial Intense Wrap. Ia juga bertindak seperti tuala dengan menyerap lebihan air pada wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.