KERAIAN ULANG TAHUN KE-165 KIEHL’S EH! diundang Kiehl’s ke New York untuk sama-sama meraikan ulang tahunnya ke-165 dan dalam masa yang sama meraikan inovasi dan inti pati Kiehl’s sejak dari awal pengasasannya.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

L agi 35 tahun usia Kiehl’s akan masuk dua abad. Siapa sangka produk kelahiran kota New York ini mampu bertahan selama ini. Dan sewaktu kembara EH! ke kota kosmopolitan ini Mei lalu, kami bangga menjadi satu-satunya majalah berbahasa Melayu yang diundang untuk sama-sama meraikan ulang tahun Kiehl’s yang ke-165.

Dalam meraikan angka istimewa ini Kiehl’s memperkenalkan A Natural Mix, iaitu penghormatan kepada inti pati yang diterokai Kiehl’s berserta inovasi juga khidmat produknya. Dan dalam meraikan kembara Kiehl’s sejak hari pertama diasaskan sehingga hari ini, Kiehl’s mengundang dua figura seni generasi baru, seorang penyanyi dan pelakon bersama seorang DJ untuk mereka label edisi terhad untuk krim muka Kiehl’s – Ultra Facial Cream. Bukan sekadar rekaan ‘kosong’, label eksklusif ilham Hailee Steinfeld dan DJ Vashtie Kola ini turut memberi sumbangan sesuatu kepada organisasi kebajikan.

Ilham kedua-dua figura ini bermain dengan subjek subjek ikonik Kiehl’s sendiri yakni mortar dan pestle atau lebih mudah orang kita panggil batu lesung. Rekaan Hailee banyak bermain dengan ton biru yang diadun mesra dengan warna hitam dan putih manakala DJ Vashtie pula lebih senang bermain dengan warna merah jambu, hijau dan ungu.

“Kiehl’s punya impak yang besar dalam komuniti dunia, dan kerana itu saya berbesar hati dapat turut serta dalam kerjasama ini,” luah Hailee yang mana hasil jualan pelembap muka dengan label ilhamnya itu akan disalurkan kepada hospital kanak-kanak di Los Angeles. Manakala DJ Vashtie pula berpendapat peluang penglibatan ini adalah satu ruang terbaik untuknya, selain beramal dia juga seronok dapat menyumbang karya untuk satu jenama ikonik New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.