Kamu punya kening yang sangat cantik. Pernah tak kamu mengalami Adakah ibu kamu pernah menghalang kamu daripada menyentuh atau mengubah kening kamu?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Seawal jam lima petang saya dan rakan media lain sudah berkumpul di lobi. Kami menetap di sekitar Soho. Perjalanan dari Nomo Soho (hotel kami) ke Brooklyn tidak terlalu jauh, sekitar 30 minit. Setibanya di sana cuaca sejuk seakan menggigit-gigit hingga ke tulang.

Greenpoint Terminal, sebuah bangunan lama menjadi saksi pelancaran 100 gincu baru Urban Decay yang dinamakan Vice Lipstick. Sekitar jam tujuh malam, kelibat Ruby Rose muncul di atas pentas bersama Wende Zomnir yang juga salah seorang pengasas Urban Decay. Menariknya acara malam itu pabila Wende sendiri yang mengemudi acara dan dia sendiri menemu bual Ruby Rose di hadapan tetamu. Jadi secara tidak langsung para tetamu dapat melihat keserasian mereka di sebalik kerjasama ini. Ikuti temu bual Wende bersama Ruby Rose yang sempat EH! catatkan untuk anda.

Mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan Urban Decay?

Wende: Ruby Rose: Pertama sekali kerana kamu Wende. Sebab kedua kerana Urban Decay adalah label yang sangat cool, UD mempromosi individualiti. UD punya aura rockstar chic, iaitu karakter yang saya miliki dan saya juga pencinta haiwan. Dan saya dapat rasakan keserasian kerjasama ini sejak awal lagi. Kita boleh berbicara tentang burung merpati dan kemudian kembali berdiskusi tentang mekap. Saya tahu UD punya rangkaian vegan, UD juga punya himpunan berus vegan dan yang pastinya UD bebas kekejaman ke atas haiwan, dan dari situ saya rasa tertarik untuk jadi sebahagian daripada UD. Ruby Rose: Selalunya bergantung pada apa yang saya pakai. Tapi untuk malam ini misalnya saya mahu tahu apa yang kamu (Wende) pakai supaya penampilan saya tampak sepadan dengan apa yang kamu gayakan. Dan kalau kamu bertanya tentang apa yang betul-betul saya suka saya senang dengan solekan mata smokey dengan kilauan emas dan pada bibirnya bercalit vibe serupa. Saya takut memakai gincu merah untuk acaraacara besar kerana bimbang kesan gincu terkena pada gigi. Jika ada sebarang temu bual saya akan elak mengenakan gincu merah. Jika acara yang saya hadiri sekadar memerlukan saya senyum dan pose di depan kamera, saya tak kisah memakai gincu merah.

Apa warna Vice Lipstick kesukaan kamu?

Wende: Ruby Rose: Semalam saya baru menerima 100 Vice Lipstick dan saya tak tahu mahu pakai yang mana sebagai permulaan. Saya amati satu persatu dan baca akan setiap namanya. Dan saya cuba pilih satu yang akan saya pakai malam ini... saya panik seketika! Saya ingat kamu akan berikan saya sebatang gincu sahaja untuk digayakan malam ini, tetapi 100. Ruby Rose: Saya tak fikir dia mampu menghalang saya dari merubah kening saya sedangkan saya obses dengan Mariah Carey dan Christina Aguilera yang satu ketika dulu mempunyai bentuk kening yang sangat nipis. Saya pernah mencipta gaya kening terbelah menggunakan pisau cukur, dan bila bentuknya tak tepat saya gunakan tweezer pula. Dan pada satu ketika kening saya tidak mahu tumbuh semula. Saya panik dan risau. Tapi entah dari mana datangnya keajaiban, lama kelamaan ia tumbuh kembali. Wende: Wende:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.