MAGNUM PINK & BLACK

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Dengan cuaca yang terik di Malaysia, sesuai sekali untuk kurangkan rasa panas dengan menikmati ais krim lazat. Pilihan EH! termasuk:

KING’S POTONG GOLD AIS KRIM DURIAN MAO SHAN WANG

Ais krim potong Mao Shan Wang atau Raja Musang edisi terhad diperbuat daripada 100 peratus puri durian raja musang dari Malaysia dan bebas daripada sebarang perasa tiruan. Ais krim yang enak, pahit dan manis ini memberi aroma menggoda malah adunan santan juga menambah sentuhan mewa terutamanya pada mereka yang cerewet. Boleh didapati pada harga RM3.80 sebatang atau RM21.90 sekotak enam batang. Ais krim premium Magnum memperkenalkan dua perisa baru iaitu Magnum Pink dengan perisa buah delima merah jambu yang digabungkan dengan sos buah delima manakala Magnum Black yang menggunakan rasa espreso pekat bersalut lapisan coklat Tanzania. Boleh didapati pada harga RM4.50 setiap satu atau dalam pek tiga pelbagai rasa pada RM13.50 setiap pek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.