DEKO RI MAISON

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizalman Ibrahim mengembangkan sayapnya dalam dunia kreatif dengan melancarkan butik rekaan hiasan dalaman, RI Maison. Produk-produk RI Maison termasuk perabot serta perhiasan mencerminkan aura minimalism dan elegan mewah serta estetika hiasan Eropah yang kuat. Setiap item yang ada di RI Maison turut diperoleh sendiri oleh Rizalman dari seluruh dunia. Bagi mereka yang meminati cetakan dan warna unik, rangkaian item di sini membentuk pesona tersendiri. Rizalman juga mencipta koleksi lilin wangi dan aroma bilik yang dihasilkan di Perancis. RI Maison beralamatkan 24 Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.