TIP MERANGSANG KEHAMILAN

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

bergerak. Satu lagi ujian yang baik dan biasanya digabungkan dengan analisis adalah ujian untuk antibodi sperma yang boleh mengurangkan kebolehan sperma untuk menembusi mukus serviks untuk sampai ke telur bagi tujuan persenyawaan.

Ujian kesuburan akan mengenal pasti sama ada individu atau pasangan tersebut mempunyai sebarang masalah. Lebih cepat anda menjalankan saringan, lebih banyak masa anda ada untuk merancang tindakan seterusnya, sama ada untuk mencuba secara semula jadi atau mendapatkan rawatan dan bantuan pakar untuk hamil.

Bila anda perlu mendapatkan bantuan pakar?

Menunggu dan terus mencuba secara semula jadi untuk tempoh yang lebih panjang mungkin boleh dilakukan oleh sesetengah pasangan khususnya jika wanita tersebut lebih muda, ketidaksuburannya tidak dapat dijelaskan, faktor-faktor ringan dikesan dan tempoh ketidaksuburan agak pendek. Apa yang penting adalah mencuba secara semula jadi bermakna mengadakan hubungan kelamin dengan kerap kira-kira 12-15 hari sebelum kitaran haid yang seterusnya, iaitu tempoh di mana ovulasi berlaku, ini memberikan anda peluang terbaik. Biasanya, persenyawaan berlaku apabila hubungan kelamin dilakukan sehari sebelum ovulasi diikuti dengan hari berlakunya ovulasi. Jadikanlah sesi hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggutunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain bilik tidur untuk mengubah suasana sensual. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Baringlah sekurangkurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, lazimnya hanya ada 25 ke 30 peratus untuk seseorang hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.