Kekalkan BMI antara 20 dan 25

EH (Malaysia) - - Seks Kesihatan -

Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Eloklah hentikannya sekarang. Bertukarlah kepada minuman bebas kafein. Pengambilan lebih daripada tiga cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan. Sekiranya anda atau pasangan, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahanbahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio. Temui doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga, elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ia boleh membunuh sperma. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit rangsangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Umur adalah faktor yang paling penting ketika cuba untuk hamil

Wanita muda yang tidak mempunyai masalah kesuburan mempunyai 25% peluang untuk hamil secara semula jadi. Peluang ini jatuh kira-kira 12% pada umur 37 tahun dan 5% pada umur 42 tahun. Rawatan kesuburan seperti IVF tidak mengatasi kesan umur tetapi boleh meningkatkan peluang untuk berjaya. Ketahui peluang anda dengan menggunakan aplikasi jam Biologi Fertility Associates www.biologicalclock.com.my Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat dikaitkan dengan kesuburan yang lebih baik. Kehamilan bagi wanita yang berlebihan berat badan dikaitkan dengan masalah seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Makanlah dengan sihat dan lakukan senaman dengan kerap.

Jangan merokok

Merokok mengurangkan sehingga separuh peluang untuk hamil setiap bulan dan boleh menggandakan kebarangkalian mengalami keguguran.

Ambil asid folik ketika cuba untuk hamil dan sehingga 12 minggu kehamilan

Asid folik membantu mengurangkan kebarangkalian spina bifida hingga 92%. Mineral dan makanan tambahan lain juga mungkin berguna. Gunakan garam beriodin kerana iodin penting untuk perkembangan otak bayi. Elakkan produk yang mengandungi Vitamin A.

Kurangkan pengambilan kafein dan elakkan alkohol

Kafein boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil. Tiada had yang selamat bagi alkohol ketika hamil, jadi sebaik-baiknya dielakkan.

Pastikan anda mendapat imunisasi rubela.

Pertimbangkan imunisasi cacar air jika anda belum pernah dijangkiti cacar air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.