TIP UNTUK LELAKI:

EH (Malaysia) - - Seks Kesihatan -

Turunkan BMI ke bawah 28% Secara purata, lelaki yang obes spermanya lebih rendah berbanding lelaki yang lebih kurus. Jangan merokok, mengambil dadah dan alkohol. Merokok dan beberapa jenis dadah rekreasi (hiburan) boleh mengurangkan kualiti sperma. Alkohol juga telah terbukti boleh menjejaskan kesuburan. Pastikan testis sentiasa sejuk. Pakai seluar dalam jenis longgar untuk memastikan testis sentiasa sejuk. Lelaki yang banyak duduk ketika bekerja mempunyai kualiti sperma yang lebih rendah kerana testis mereka lebih cenderung untuk menjadi hangat. Elakkan dari meletakkan komputer di atas riba! Jangan mandi air panas, ke sauna atau spa terlalu kerap. Amalkan diet sihat yang kaya dengan antioksida: Makanan yang kaya antioksida mampu mengurangkan kerosakan akibat bahan kimia yang dikenali sebagai radikal bebas ke atas sperma. Antioksida ditemui di dalam sayursayuran segar, buah-buahan, kekacang, bijian, teh hijau dan coklat gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.