CABARAN DAN HALANGAN

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

ang penting di sesebuah majlis perkahwinan harus ada jurugambar bagi merakam memori-memori indah. Juruvideo perkahwinan pula kian menjadi pilihan utama bakal mempelai kini kerana rakaman video tidak dinafikan lebih menarik apatah lagi lengkap dengan muzik yang bersesuaian. Saya berpeluang untuk bertemu dengan Alia Madzlan yang juga merupakan pemilik bersama Drawn Production bagi mendekati latar kehidupannya sebagai seorang perunding selain juruvideo perkahwinan.

“Ramai yang menganggap industri perkahwinan ini tidak menguntungkan apatah lagi tidak boleh lari jauh kerana anda hanya tetap dalam industri tersebut,” jelas Alia pabila berbicara mengenai motivasi di sebalik kariernya. Menurut Alia, majlis perkahwinan akan sentiasa dilangsungkan jadi dia tidak pernah rasa risau mengenai keuntungan. “Namun bagi saya perkara yang saya paling gemari mengenai industri ini adalah anda dapat mengenali ramai orang. Sebagai contoh, klien anda mungkin seorang CEO sebuah syarikat mahupun seorang menteri namun pabila anda terlibat dalam majlis perkahwinan mereka, anda melihat mereka sebagai individu yang berbeza. Lebih real.”

Alia mula terlibat di dalam industri ini selepas bekerja dengan Manggis Production yang mana mereka sememangnya terkenal dengan khidmat juruvideo perkahwinan di kalangan klien-klien berprofil tinggi. “Selepas bekerja selama tiga tahun setengah, saya mula rasakan bahawa sudah tiba masanya untuk saya berdikari dan bekerja sendiri. Saya berhenti bekerja dengan Manggis pada Februari tahun ini dan terus membuka syarikat sendiri bersama pengasas bersama yang juga menjadi penyunting editor Drawn Production, Mardhiah Dolah.”

Pada Alia apa yang menarik dirinya dalam industri perkahwinan ini adalah kerana pada pendapatnya, perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokan dan setiap perkahwinan berbeza. “Pada saya, setiap majlis ada karakter tersendiri. Bakal pengantin dan keluarga adalah jiwa dan raga dalam sesebuah perkahwinan. Usah risau akan dekorasi majlis kerana family bonding ketika majlis berlangsung nampak lebih menyeronokkan di dalam video.” Mana-mana karier pasti akan ada cabaran dan halangan dan ternyata ia sebahagian daripada inti pati industri perkahwinan juga memiliki kesukaran tersendiri. Alia berpendapat cabaran yang paling besar dia hadapi adalah kuantiti juruvideo perkahwinan yang semakin bertambah sekarang. “Walau bagaimana pun saya percaya yang paling penting adalah kualiti kerja anda. Ia harus setimpal dengan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.