TIP PERLU TAHU SEBELUM MENGUPAH JURUVIDEO

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

“Setiap pengantin perlu berjumpa dengan juruvideo yang mampu merakam momen mengikut selera peribadi anda. Jadi ini bermakna anda sudah memiliki rujukan sendiri sebelum berjumpa mereka. Pastikan anda juga mengupah individu yang anda senang didamping kerana anda harus meletak kepercayaan kepada mereka untuk merakam momen paling penting dalam hidup anda,” ujar Alia.

Dia juga berpesan kepada bakal pengantin di luar sana bahawa ketika konsultasi, pengantin perlu menjelaskan kepada juruvideo imej yang mereka inginkan. “Terutamanya jika mereka ingin kami merakam individu tertentu. Kami mungkin tidak kenal Tok Mak anda, jadi lebih baik kami dijelaskan awal-awal sebelum video dirakam. Malah you have to be transparent with us. Pernah di satu majlis ini, pipi pengantin perempuan bengkak sebelah kerana terlalu gemuruh. Dalam gambar, kami boleh mengubahnya untuk menjadi seperti biasa namun agak sukar dilakukan dalam video. Jadi kami perlu merakam momen di sudut berbeza. Sebagai seorang juruvideo pula, anda harus jujur dengan klien dan elak berjanji jika sukar untuk ditunaikan. Kami di Drawn Production akan cuba sampaikan apa yang anda inginkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.