MENGAPA MEMILIH ‘REBIRTH’ SEBAGAI JUDUL ALBUM?

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

i saat temu bual ini, Aliff baru sahaja melancarkan album keempat yang berjudul Rebirth dua minggu lepas. Album ini jelas sekali berbeza dengan albumnya yang dulu Aliff mempamerkan kematangan dari segi vokal dan pemilihan lagu yang lebih berkualiti. Buktinya jelas dengan khidmat komposer berbakat termasuk Faizal Tahir, Azlan Abu Hassan serta Awi Rafael. Sepanjangan penggambaran, Aliff ditemani oleh tunangnya Bella Astillah. Petang itu juga kami berbicara mengenai muzik, populariti serta impiannya di masa hadapan. Sepanjang rakaman album ini saya melalui fasa hidup yang susah dan perit. Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan kerana saya lebih banyak menyendiri selama setahun lebih atas sebab-sebab tertentu. Saya kembali ke Malaysia dengan badan dan minda yang lebih sihat dan cergas jadi saya bercadang untuk menamakan album saya Rebirth kerana saya ingin lupakan diri saya yang lama dan lahir semula sebagai seorang yang lebih positif dan matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.