FILEM PENGARAH LAKON LAYAR PELAKON VERDIK

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Me Before You Thea Sharrock

Jojo Moyes Emilia Clarke / Sam Claflin / Janet McTeer / Charles Dance S eperti mana-mana filem romantis yang sedih, sebagai contoh The Fault in Our Star atau A Walk to Remember, kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ini juga antara tema yang dimainkan Me Before You arahan Thea Sharrock yang dibintangi oleh Emilia Clarke serta Sam Claflin. Jika anda pernah membaca novel ini sebelum filem ditayangkan, maka anda pasti dapat mengagak penghujung jalan cerita.

Emilia Clarke terkenal sebagai Khaleesi yang tegas dan powerful dalam siri HBO, Game of Thrones namun dalam filem ini dia berjaya membawa watak seorang gadis muda, Lou yang goofy, jujur dan berani untuk menjadi sendiri. Sam Claflin pula membawa watak Will Traynor, jejaka kacak dan kaya yang terpaksa menempuhi hidup selepas menjadi cacat akibat dilanggar motosikal. Watak Sam seakan-akan sama seperti filem The Riot Club yang pernah dilakonkannya sebelum ini. Sombong namun bijak, charming tapi degil.

Lou bekerja sebagai penjaga Will selepas dipecat di sebuah kafe dan terdesak untuk mendapatkan kerja agar dapat menanggung keluarganya. Lou yang secara semula jadinya seorang yang bubbly pada mula rasa sukar untuk berhadapan dengan Will kerana Will lebih senang berseorangan. Chemistry yang dibawa oleh dua pelakon ini tidak dinafikan amat menjadi. Kontroversi tidak lari daripada filem ini terutamanya dengan lakonan Sam Claflin. Ramai yang mengatakan dia tidak sesuai membawa watak lelaki cacat malah ada pula yang tidak berpuas hati dengan penghujung cerita yang mana Will ingin menamatkan hidupnya kerana tidak tahan menjadi orang yang kurang upaya.

Sebagai seorang penggemar filem romantic comedy, saya terpaksa akui filem ini tidak sempurna dan plotnya kurang menyerlah berbanding penulisan Jojo Moyes dalam novelnya. Namun di dalam industri yang kian mengagungkan filem aksi, saya juga akui Me Before You lebih menyegarkan dan berbeza dengan apa yang sering ditayangkan tahun ini. Tambahan lagi, Emilia Clarke berjaya membuktikan bahawa dia seorang yang versatil dan mampu membawa mana-mana watak yang dilakonkan dengan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.